Buat Ingatan...Puak PR...PRU13: PR jangan berangan-angan tawan Perlis


PUTRAJAYA: Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Pakatan Rakyat tidak harus berangan-angan menawan Perlis semata-mata kerana perbalahan beliau dan Menteri Besar Datuk Seri Dr Isa Sabu, kata Shahidan.
Beliau berkata pertelingkahan itu adalah hal dalaman Umno Perlis membabitkan beberapa pemimpin dan bukan faktor yang menentukan keputusan PRU ke-13."Mereka (Pakatan) berangan-angan nak tawan Perlis sebab mereka tengok Umno Perlis macam bergolak, ia ada sikit itu tak dapat dinafikan tapi bergolaknya Umno Perlis bukan kerana Umno itu tapi dua atau tiga pemimpinlah yang menyebabkan Umno bergolak.

"Saya pimpin Umno Bahagian Arau dari tahun 1986 dan jadi pemimpin negeri Perlis dari 1995 sehingga 2004, saya tak pernah (timbulkan masalah).Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd Anuar Tahir berkata pembangkang mempunyai peluang cerah menawan Putrajaya pada kali ini.Walaupun masalah dalaman Umno Perlis berlarutan sekian lama, ia tidak menjadi penghalang kepada parti itu kekal berkuasa di Perlis dengan majoriti besar pada PRU yang lalu.Bagaimanapun Shahidan diganti dengan Isa sebagai Menteri Besar susulan pilihan raya umum itu.Perlis selamat daripada tsunami politik 2008 namun kali ini Anuar mendakwa pembangkang akan melakukan kejutan.

Beliau merujuk kepada apa yang didakwanya sebagai rekod cemerlang kerajaan negeri pimpinan PAS di Kedah.“Rakyat sudah sedar dan melihat apa yang dilakukan oleh kerajaan PR diterajui Pas umpamanya di Kedah. Kita dapat lihat kemampuan pentadbiran yang bersih rasuah dan pembaziran dalam pengurusan kewangan negeri, maka rakyat negeri ini pun mahukan perubahan sedemikian.Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dikecam oleh kalangan Exconya serta beberapa cawangan PAS di negeri itu.Kedah juga dibelit dengan defisit RM5 billion dan dan ditegur oleh Ketua Audit Negara kerana pengurusan dana awamnya.Shahidan berkata sungguhpun pertelingkahan dalam Umno Perlis tidak cukup untuk Pakatan mengambil alih negeri itu, namun perpaduan dalam parti harus dipulihkan.

Shahidan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, walaupun perselisihan antara beberapa pemimpin negeri masih berlaku namun ia bukan halangan untuk Umno-B terus mentadbir negeri tersebut.Justeru beliau menasihatkan agar barisan pimpinan negeri mengetepikan soal kepentingan diri dan bertumpu berkerjasama demi kekuatan parti."Sekarang memang ada masalah sikit sebab ada kumpulan tertentu yang pukul kumpulan tertentu...pukul sesama sendiri bukan pukul pembangkang," katanya.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis merangkum 15 kawasan DUN dan tiga kawasan Parlimen.

Pada 2008, BN menang 13 kerusi DUN dan PAS (2), manakala kerusi Parlimen disapu bersih BN.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL