TIDAK PERLU AJAR SAYA MENGENAI POLITIK KIT SIANG – RAHMAN DAHLAN

Penga­rah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyi­fatkan Lim Kit Siang tidak mempunyai kredibiliti untuk me­ngajarnya mengenai ilmu stra­tegi politik memandang­kan DAP sendiri tidak pernah menumpaskan BN sepanjang berlangsungnya 13 pilihan raya umum di negara ini.
Abdul Rahman mem­persoalkan, sekiranya Kit Siang begitu hebat merencanakan strategik politik, bagaimana DAP secara berterusan gagal mengatasi BN dalam kesemua pilihan raya umum yang lalu?
“Tidak memerlukan orang yang sungguh bijaksana untuk mengetahui bahawa Kit Siang telah 13 kali gagal untuk mengalahkan BN. Sebaliknya pemimpin-pemimpin lain akan melepaskan jawatan mereka meskipun kalah buat kali pertama,” katanya melalui akaun Twitter beliau hari ini.
Beliau mengulas catatan Kit Siang dalam blognya yang sedia menawarkan kelas percuma ke­pada pemimpin BN­ itu bagi mengajar mak­sud sebenar pe­ra­­nan strategi politik.
Penasihat DAP itu mendakwa ko­nonnya Abdul Rahman melakukan kesilapan strategi dalam usaha menggugat DAP.
Abdul Rahman sebelum ini menasihati Kit Siang supaya berundur dan memberi laluan kepada seorang lagi pemimpin DAP, Tan Seng Giaw yang disifatkan sebagai seorang ahli politik lebih berprinsip.
“Kit Siang seharusnya sedar diri bahawa beliau bukan sebahagian daripada penyelesaian, sebaliknya sebahagian daripada masalah. Strategi Kit Siang telah menggagalkan dirinya sendiri, bagaimana hendak belajar ilmu strategi daripada beliau,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL