65 KES PENJAWAT AWAM BURUKKAN KERAJAAN, PEMIMPIN DIAMBIL TINDAKAN...MACAM TU LAH

Sebanyak 65 kes membabitkan penjawat awam yang bertindak memburukkan Kerajaan dan kepimpinan negara sudah diambil tindakan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
Azalina berkata, setakat 2010 sehingga 15 Februari 2017 penjawat awam yang dikenakan tindakan itu terdiri daripada mereka yang berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan badan berkanun.
“Tindakan penguatkuasaan ke atas bentuk salah laku seperti yang dinyatakan oleh ahli yang berhormat telah dilaksanakan melalui tindakan tatatertib.
“Mulai tahun 2010 sehingga 15 Februari 2017, sebanyak 65 kes telah dilaporkan melibatkan pegawai awam di peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan badan berkanun,” kata Azalina dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr Makin @Marcus Mojigoh.
Jelas Azalina, daripada 65 kes tersebut, 28 orang (43%) orang pegawai telah dikenakan hukuman tatatertib bermula daripada hukuman amaran sehingga hukuman buang kerja, manakala 37 orang (57%) orang pegawai telah dimulakan prosiding tatatertib atau sedang dalam proses siasatan.
Terdahulu, Kementerian Pendidikan sudah mengeluarkan lima surat tunjuk kepada lima guru kerana didakwa menggunakan pentas pembangkang untuk menghentam kerajaan.
Pihaknya telah menghantar surat berkenaan dan tempoh dua minggu diberikan kepada mereka untuk menjawab surat berkenaan.
Sekiranya gagal berbuat demikian, maka mereka boleh dilucutkan jawatan kerana melanggar peraturan dalam perkhidmatan awam.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tiada tindakan akan diambil kepada guru-guru yang aktif berpolitik selagi mereka tidak menaiki pentas pembangkang dan mengutuk kerajaan.
Kementerian, katanya, tidak menghalang mana-mana guru untuk aktif berpolitik namun tidak akan berkompromi terhadap mereka menggunakan platform pembangkang untuk menghentam kerajaan.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment