Padan Mukanya!!!!! SPRM Serbu Pejabat Teresa Kok, Rampas Dokumen

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas dokumen dari pejabat Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok bagi menjalankan siasatan berhubung penyalahgunaan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Azam Baki mengesahkan perkara ini dan menyatakan bahawa Ahli Parlimen Seputeh itu tidak berada di pejabatnya di Kuchai Lama ketika serbuan dibuat pada Jumaat itu.

Serbuan kira-kira pukul 11 ​​pagi itu dilakukan selepas pegawai-pegawai SPRM mendapat waran geledah.
"Kami telah menghubunginya dan beliau telah memberikan kerjasama kepada pegawai kami.
"Beberapa dokumen telah diambil untuk membantu kami dalam menjalankan siasatan," katanya ketika dihubungi.

Azam berkata, SPRM perlu mengkaji dokumen-dokumen berkenaan terlebih dahulu dan kenyataan akan diambil daripada pihak berkaitan dalam masa terdekat.

Beliau berkata siasatan itu susulan laporan yang dibuat kepada SPRM oleh seorang individu berhubung dakwaan penyelewengan dana Yawas.

Awal bulan ini, kata Ketua Umno bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos telah membuat satu siri laporan, mendakwa beberapa ahli politik telah menyalahgunakan dana Yawas.
Selain Kok, ahli politik lain yang dinamakan beliau dalam laporan itu adalah Adun Sekinchan Ng Suee Lim dan Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana