Kepulangan penuh emosi... satu lagi kejayaan diplomasi Malaysia...Syabas Dan Hebatnya NAjib Kita

Suasana di Komplek Bunga Raya KLIA awal pagi Jumaat terasa penuh emosi dan linangan air mata kegembiraan oleh majikan, sanak saudara dan kawan-kawan kepada sembilan rakyat Malaysia yang selamat kembali dari Korea Utara.

Lebih 100 wartawan dalam dan luar negara berkumpul sejak jam 2.30 pagi lagi untuk merakam satu lagi detik bersejarah kejayaan diplomasi di era Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Kami gembira dapat kembali,” kata Kaunselor Kedutaan Besar Malaysia di Korea Utara, Mohd Nor Azrin Md Zain.

Beliau bersama isteri Iza Karmila Ramli, 35 dan tiga anak mereka – Annur Zulaikha, 6; Aynur Zhafirah, 5 serta Ayscha Zinnirah, 3 dan empat lagi rakyat Malaysia, tidak putus-putus mengukir senyum ketika ditemui pemberita yang menunggu kepulangan 9 warga Malaysia dari negara itu sejak 2 pagi tadi.

“Saya sangat-sangat gembira kerana dapat kembali bersama anggota keluarga dan yang tersayang. Sekali lagi saya mahu berterima kasih kepada kerajaan Malaysia yang berusaha membawa kami pulang ke tanah air,” katanya yang ditemui selepas sambutan penuh emosi di kompleks itu.

Nor Azrin, 37, turut melahirkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam rundingan serta kedutaan Asean lain di Pyongyang yang banyak membantu dan menyokong mereka sepanjang tempoh itu.

“Kami menerima banyak sokongan terutama daripada kedutaan Asean seperti Indonesia, Laos, Vietnam dan Kemboja di Pyongyang.

“Kami menerima sokongan moral, logistik, bekalan makanan dan perubatan daripada mereka,” katanya.

Nor Azrin berkata sepanjang tempoh itu juga mereka tidak dihalang untuk keluar dari kedutaan.

“Kami tahu perkembangan semasa dan kami berusaha mengekalkan semangat yang tinggi,” katanya.

Ketibaan mereka disambut oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman serta ahli keluarga masing-masing.

Menurut Anifah, janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membawa pulang semua rakyat Malaysia di Korea Utara dengan selamat, berjaya ditunaikan.

Katanya kepulangan sembilan rakyat Malaysia itu membuktikan pendekatan diplomasi yang diamalkan kerajaan membuahkan hasil.

"Perdana Menteri sendiri mengikuti perkembangan rakyat Malaysia di sana (Korea Utara) secara dekat dan meletakkan kepercayaan beliau kepada Kementerian Luar untuk menguruskannya.

"Saya secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan akhirnya semua rakyat kita berjaya pulang dengan selamat," katanya yang turut merakam penghargaan kepada  polis, pejabat Peguam Negara, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengangkutan.

Jelasnya lagi perkembangan terbaru ini menyebabkan Malaysia menarik semula larangan rakyat Korea Utara meninggalkan negara ini serta merta.

"Seperti yang anda sedia maklum, proses bedah siasat mayat Kim Jong-nam sudah selesai dan kita sudah menghantar mayatnya balik ke negara asal, seperti yang dituntut ahli keluarga.

"Susulan itu, larangan keluar ke atas rakyat republik berkenaan dari Malaysia turut dibatalkan," katanya pada sidang media di Kompleks Bunga Raya bersama-sama Nor Azrin.

Ketegangan antara Malaysia dan Korea Utara tercetus berikutan pembunuhan Kim Jong Nam, abang pemimpin negara itu Kim Jong Un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb lepas.

Pergeseran diplomatik timbul apabila Duta Korea Utara Kang Chol membuat tuduhan tidak berasas terhadap Malaysia mengenai cara negara ini mengendalikan kes itu yang mengakibatkan Malaysia mengisytiharkan beliau sebagai “persona non grata” dan mengusirnya keluar. Kang Chol meninggalkan Kuala Lumpur pada 6 Mac.

Korea Utara bertindak balas dengan mengusir Duta Besar Malaysia di Pyongyang.

Pada 7 Mac, Pyongyang menghalang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu dan Kuala Lumpur mengambil tindakan sama ke atas warganegara Korea Utara yang berada di negara ini.

Awal malam Khamis Perdana Menteri mengumumkan kesemua rakyat Malaysia yang dihalang daripada meninggalkan Korea Utara dibenarkan pulang ke tanah air.

Kesemua mereka berlepas dari Pyongyang pada 7.45 malam semalam waktu Malaysia dan tiba di Kuala Lumpur pukul 5.03 pagi tadi.

Selain Nor Azrin sekeluarga, 4 lagi rakyat Malaysia terbabit ialah Pembantu Peribadi kepada Duta Besar Noor Saaidah Jamaluddin, 29 dan suaminya Mohd Radzuan Othman, 29 serta bayi mereka Mohamad Radhiy yang berusia lapan bulan; dan Pembantu Tadbir S. Nirmala Malar Kodi, 45.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL