RUU 355: HARAP PENULIS TERSOHOR TAK SEMBELIT OTAK DALAM KANDANG SARKAS...LAGI NAK PUSING CERITA NI

Hari ini seorang penulis hebat berbicara tentang RUU 355. Dia kata RUU 355 itu bagaikan sarkas politik. Diherdiknya UMNO dan PAS dalam penulisan unggulnya. Dimomokkan secara berepisod, konon mahu memperlekeh usul itu di mata rakyat.
Penulis sedar diri ini tidak sehebat penulis lagenda yang taksub pada bekas Perdana Menteri itu. Namun begitu, penulis yakin bahawa rasional dan kebenaran lebih ‘aula’ di jiwa umat Islam, terutama kepada mereka yang berpegang pada ajaran Islam dan tidak bertuhankan politik.
Apakah penulis hebat itu sedar bahawa RUU 355 itu bukan isu politik? Sejak dari awal lagi sudah ditegaskan bahawa usul berkenaan tidak bertujuan politik. Bahkan, sudah berkali-kali ditegas bahawa ia merupakan satu usaha menambahbaik undang-undang Syariah di negara ini.
Untuk menjadikan usaha tersebut berjaya dan sah dilaksanakan di negara ini mengikut saluran perundangan, maka sudah tentu ia perlu melalui proses yang ditetapkan mengikut corak demokrasi berperlembagaan di negara ini.
Siapa yang gubal undang-undang jika bukan para ‘legislative’ di Dewan Rakyat? Siapa yang menjadi anggota Dewan Rakyat itu jika bukan Ahli Parlimen? Siapa pula Ahli Parlimen itu jika mereka bukan pemimpin politik yang dipilih rakyat di Parlimen masing-masing?
Ahli-Ahli Parlimen itu datangnya dari UMNO, MCA, MIC dan parti-parti komponen BN. Juga ada Ahli Parlimen dari PAS, DAP, PKR, PAN, ‘bunga raya’ dan bebas. Merekalah yang menggubal undang-undang sebelum dilulus dan dilaksana oleh pihak ‘Executive’ dan ‘Judiciary’.
Apa salahnya jika PAS membawa usul persendirian dan UMNO cuba membawa usul yang bertujuan untuk mengimarahkan perundangan Islam itu di Parlimen sebagai usul kerajaan? Adakah ia berdosa dari sudut agama? Haram hukumnya dari sudut fatwa penulis hebat?
UMNO tidak mencapai persetujuan di dalam BN untuk membawa usul itu di Parlimen. Atas dasar hormat pada prinsip kebersamaan, Kerajaan tidak membawa usul itu ke Dewan Rakyat. Maka ia tidak menjadi usul kerajaan. Itu saja. Salahkah? Berdosakah?
UMNO sudah mencuba mencapai persetujuan di dalam BN, namun gagal mencapai kata sepakat. Sekurang-kurangnya sudah mencuba demi kepentingan umat Islam. Apakah mencuba untuk memartabatkan perundangan Islam itu salah?
PAS juga sudah mencuba. Tidak salah mereka cuba mengusulkan sesuatu yang dilihat baik demi perundangan Islam di negara ini. Bila kerajaan tidak dapat membawa usul itu, penulis yakin bahawa PAS akan membawa usul tersebut secara persendirian. Berdosakah PAS?
Itu semua hanya membabitkan proses dan prosedur untuk membentang serta membahas usul Rang Undang-Undang sahaja. Sama ada usul kerajaan atau persendirian, ia terpulang kepada Speaker Dewan untuk menerima atau menolaknya. Salahkah?
Sehingga kini, hanya PAS dan UMNO sahaja yang memainkan peranan dalam usaha membawa pindaan Akta 355 itu untuk diputuskan di dalam Dewan Rakyat. Dua parti terbesar bangsa Melayu beragama Islam.
Tapi mana peranan parti ‘cap bunga’? Mana pula sahabat sekatilnya seperi PKR dan PAN? Mengapa berdolak-dalik, mengutarakan pendirian tunggu dan lihat? Mengapa enggan bekerjasama untuk menyempurnakan lagi usul yang berniat murni itu?
Atau penulis ulung itu juga sudah jadi seperti pemimpin yang ditaksubkan? Sudah ‘sembelit otak’nya untuk lebih rasional memberi sokongan demi kepentingan agama mereka sendiri? Sudah terlalu ‘karat’ untuk menerima cahaya agama?
Apakah penulis tersohor itu sudah terkurung di dalam ‘kandang sarkas politik’ DAP dan takut ‘dilibas cemeti’ jika mengindahkan lagi usul berkenaan perundangan Islam itu? Mengapa pula suka bersikap ‘putar belit’ atau ‘putar alam’ sehingga tergamak memperlekeh usaha mengimarahkan Syariah di negara ini?
Bersin jadi atau tidak, mimpi berahi suami terpiga dikejut isteri atau tidak, sekurang-kurangnya perjuangan mengimarahkan Syariah di negara ini tetap diusahakan UMNO dan PAS. Sedangkan parti ‘cap bunga’ pula hanya tahu memperlekeh menerusi tulisan penulis hebat?
Maaflah. Biarlah dilihat sebagai bukan penulis lagenda, namun penulis tidak rela menggadai agama demi kepentingan politik. Kami tidak berTuhankan politik seperti ‘cap bunga’, dihulur ‘sejadah’ pun masih dibalas dengan maki hamun? Bila hendak ‘berani berubah’?

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL