Bila Mahathir Nak Jawab Pendedahan Rafizi Dan Anwar?
Anak Mahathir kaya raya! Begitulah pendedahan yang telah lama diceritakan oleh dua figura politik pembangkang, Rafizi Ramli dan Anwar Ibrahim dalam pentas-pentas kempen PKR beberapa tahun yang lalu.
Video pendedahan Rafizi sudah tural di media sosial. Rafizi kata anak anak Mahathir ada kaitan dengan tauke judi dan tauke arak.
Menurut Anwar dan Rafizi dalam ceramah mereka berasingan, anak kepada bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Mokhzani dan Mirzan melalui beberapa syarikat mereka terutama stesen minyak Petron yang beribu pejabat di Damansara Heights, Kuala Lumpur telah berjaya mengutip berbilion ringgit kekayaan dipercayai hasil bantuan bapanya semasa bergelar Perdana Menteri selama 22 tahun.
Sehingga ke hari ini, pendedahan yang dibuat oleh Rafizi dan Anwar ini masih dapat ditonton terutama di saluran Youtube yang jelas memaparkan betapa mereka memiliki bukti-bukti bagaimana anak-anak Mahathir itu berjaya menjadi jutawan dalam masa yang cukup singkat.
Walaupun kini Mahathir telah berpaling tadah menjadi sahabat akrab Rafizi dan Anwar dalam pakatan pembangkang, namun ketiga-tiga mereka bak 'tikus mondok' dalam isu ini.
Rafizi dan Anwar dikala dahulu begitu marah terhadap Mahathir kerana isu ini, namun sekarang mereka berdua tidak pula membuka mulut pabila bertemu Pengerusi PPBM itu.
Tidak kurang juga Mahathir. Walaupun dia pernah dituduh, dicemuh, dicaci dan dimaki dengan begitu aib sekali oleh Rafizi dan Anwar dalam isu ini, namun ahli politik berusia 91 tahun itu tiada keberanian untuk menjawab segala tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan kepadanya suatu ketika dahulu.
Justeru, sebagai seorang bekas PM yang pernah dimuliakan majoriti rakyat Malaysia, wajarlah Mahathir menjawab pendedahan yang dilakukan oleh dua pemimpin PKR tersebut pada hari ini. Amat tepatlah atas kapasitinya sebagai Pengerusi PPBM yang menganggotai Pakatan Harapan, maka Mahathir patut 'menyucikan' nama dia dan keluarganya jika tuduhan berkenaan tidak berasas.
Bila Mahathir hendak jawab? Skandal Forex dan BMF pun belum dijawab. Pendedahan Rafizi dan Anwar pun tidak dijawab. Patutlah Mahathir sanggup cari cendol dari berdebat secara terbuka.
Comments