PKR bikin malu... Azwan Ali pun tiada masalah isi borang calon

Ramai yang geleng kepala mengenangkan calon bebas selebriti Azwan Ali pun tiada masalah dengan borang pencalonan, berbanding beberapa pemimpin PKR yang 'kantoi last minute' borang bermasalah.
Antara paling ketara melibatkan calon PKR adalah DUN Rantau di Negeri Sembilan yang mana BN menang percuma, DUN Tawang, Kijang dan Kuala Balah di Kelantan, DUN Bukit Pasir di Pagoh Johor, dan DUN Penaga di Pulau Pinang.
Isu utama yang menjadikan calon-calon ini tidak layak bertanding kebanyakkannya muflis, kecuali DUN Rantau yang mana calon dan wakil calon tiada pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Manakala di kerusi Parlimen pula, Naib Presiden PKR Tian Chua tidak layak bertanding selepas permohonannya ditolak SPR kerana kes mahkamah.
Sementara itu,  Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata sejumlah 1,984 kertas pencalonan bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), tidak termasuk Sabah, telah sah diterima sepanjang tempoh penamaan calon yang berlangsung pagi ini.
Beliau berkata data yang diumumkan semasa sidang media pada 2.45 petang tersebut tidak melibatkan Negeri di Bawah Bayu itu kerana ibu pejabat SPR masih menunggu maklumat terperinci??????? dari negeri berkenaan.
"Sebanyak 590 kertas penamaan calon diterima untuk kerusi Parlimen manakala 1,394 lagi adalah kerusi DUN. Sepanjang tempoh penamaan calon, terdapat 11 kertas penamaan calon ditolak atas pelbagai sebab iaitu tiga kerusi Parlimen dan lapan kerusi DUN," katanya dalam sidang akhbar di Menara SPR Putrajaya, hari ini.
Tempoh penamaan calon berlangsung dari 9 pagi hingga 10 pagi ini di 222 pusat penamaan calon??????? seluruh negara.
Mohd Hashim berkata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan diisytiharkan menang tanpa bertanding bagi kerusi DUN Rantau hari ini, selepas calon PKR, S. Streram tidak dapat mengemukakan kertas penamaan calon kerana gagal membawa bersama pas calon seperti yang disyaratkan SPR.
Hanya seorang, iaitu K.Kanafatty yang mengemukakan kertas pencalonan sebagai??????? calon Bebas di DUN Skudai, menarik diri??????? semasa tempoh??????? penamaan calon berlangsung, katanya.
Mohd Hashim berkata setakat ini, sebanyak 29 kerusi Parlimen menyaksikan pertandingan satu lawan satu, 143 pertandingan tiga penjuru, 22 pertandingan empat penjuru dan tiga pertandingan lima penjuru.
Bagi kerusi DUN, pertandingan satu lawan satu melibatkan 38 kerusi, tiga penjuru (331) , empat penjuru (54), lima penjuru (18) dan enam penjuru (tiga), katanya.
PRU14 menyaksikan sejumlah 222 kerusi Parlimen dan 505 DUN dipertandingkan.
Mohd Hashim berkata daripada 590 calon kerusi Parlimen, 197 adalah daripada BN; 185 (PKR); 150 (PAS); 20 (Bebas); sembilan (DAP); enam (Parti Rakyat Malaysia-PRM); lima (Parti Bersama Malaysia-MU); empat (Parti Sosialis Malaysia-PSM) dan tiga (Parti Reformasi Negeri Sarawak-STAR).
Penang Front Party (PFP) dan Peace Party Sarawak, masing-masing dua kerusi Parlimen manakala Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa); Parti Cinta Malaysia (PCM); Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBBSD); Parti Alternatif Rakyat (PAP), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Harapan Rakyat Sabah (HR), masing-masing satu kerusi.
"Seramai 445 calon kerusi DUN adalah daripada BN, 440 (PKR), 375 (PAS), 46 (Bebas), 33 (PRM), 20 (MU), 12 (PSM), 11 (PFP), sembilan (PAP), dua (Berjasa) dan satu (PCM)," katanya merujuk kepada 1,394 jumlah keseluruhan calon DUN.
Mohd Hashim berkata daripada jumlah calon yang bertanding di kerusi Parlimen, seramai 530 adalah calon lelaki dan 60 calon wanita, manakala kerusi DUN melibatkan 1,244 calon lelaki dan 150 calon wanita.
Beliau berkata calon tertua bertanding dalam PRU kali ini berumur 92 tahun bagi kerusi Parlimen dan 78 tahun bagi kerusi DUN, manakala calon termuda di kerusi Parlimen berumur 22 tahun, dan kerusi DUN pula 23 tahun.
Katanya, keputusan PRU14 dijangka diumumkan seawal 9 malam pada hari pengundian pada 9 Mei.
Parlimen dibubarkan pada 7 April lepas bagi memberi laluan kepada PRU14.
Susulan itu, SPR menetapkan hari ini sebagai penamaan calon, tarikh pengundian awal pada 5 Mei dan hari pengundian 9 Mei.
Mengikut daftar pemilih suku tahun keempat 2017 yang diwartakan pada 10 April, jumlah pengundi adalah 14,940, 624, dengan jumlah pengundi lelaki 7,383,437 (49.42 peratus) dan pengundi wanita 7,557,187 (50.58 peratus).
Menyentuh mengenai proses penamaan calon yang secara umumnya berjalan dengan baik, Pengerusi SPR itu menjelaskan tempoh bagi mendapatkan maklumat pencalonan di peringkat pegawai pengurus pilihan raya perlu mengambil kira beberapa proses termasuk menetapkan urutan kedudukan calon di dalam kertas undi.
Selain itu Mohd Hashim berharap tempoh rasmi kempen selama 11 hari yang bermula sejurus selesai penamaan calon hari ini dan berakhir menjelang tengah malam 8 Mei berjalan lancar serta tidak mengganggu ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL