Puad batal hasrat tanding Bebas Batu Pahat atas nasihat Sultan…

Bekas Ketua Pengarah JASA,Datuk Puad Zarkashi yang tidak muncul di Batu Pahat masa penamaan calon Sabtu kata beliau ambil keputusan tidak bertanding calon Bebas atas nasihat Sultan Johor.
 
Dalam satu kenyataan lewat petang Sabtu beliau mmeberitahu banyak pihak cuba menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan kenapa saya membatalkan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas di P150 Parlimen Batu Pahat.
 
“Sebagai bangsa Johor, saya akhirnya mengambil keputusan tidak bertanding atas tiket bebas setelah mendapat nasihat daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor. 
 
“Sebagai rakyat Johor yang setia kepada Rajanya saya patuh kepada titah Tuanku Sultan Johor kerana saya yakin sudah tentulah Tuanku memberikan nasihat itu atas kepentingan “Bangsa Johor “
 
“ Saya mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih terhadap Tuanku Sultan Johor di atas keperihatinan, tunjuk ajar dan nasihat beginda yang sudah tentu banyak hikmahnya.
 
Puad secara terbuka kata beliau kecewa  tidak dipilih BN untuk jadi calon Parlimen Batu Pahat dan hendak bertanding sebagai calon Bebas.
 
Ketua Wanita bahagian itu Haliza Abdullah dipilih bertanding.- 

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL