Shahanim yakin rampas kembali parlimen Sungai Petani

Calon wanita tunggal bagi kerusi Parlimen di Kedah iaitu Datuk Shahanim Mohamad Yusoff, 45, yang akan bertanding di Parlimen Sungai Petani yakin dapat menawan semula kerusi Parlimen itu daripada PKR meskipun akan menghadapi cabaran hebat.
Beliau berkata biarpun kerusi itu pernah tewas kepada pembangkang selama dua penggal namun beliau optimis dan yakin kerana beliau bersama jentera parti sudah lama bekerja memberikan perkhidmatan terbaik membantu mereka.
"Tidak dinafikan akan wujud cabaran yang hebat memandangkan Parlimen Sungai Petani mempunyai seramai 112,577 pengundi iaitu antara yang paling ramai di negeri ini, tambahan pula saya merupakan calon wanita BN yang bertanding (kerusi Parlimen) di Kedah, sudah tentu debaran dan cabaran hebat bakal menanti."
"Walaupun pernah kalah dua penggal namun kita sangat positif, membujur lalu melintang patah, lawan tetap lawan, akan berusaha bersungguh-sungguh, saya yakin pengundi bijak menilai yang mana kaca dan yang mana permata," katanya kepada pemberita selepas penamaan calon yang berlangsung di Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) di sini hari ini.
Sebagai muka baharu, Shahanim turut menyatakan kesediaannya berkhidmat untuk rakyat termasuk akan bersama mereka ketika menghadapi keadaan susah dan senang sekiranya diberikan peluang menjadi wakil rakyat di kawasan Parlimen Sungai Petani nanti.
Parlimen itu akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara penyandangnya Datuk Johari Abdul daripada PKR, Sharir Long (PAS), Shahanim (BN-UMNO) dan P. Sritharen (PRM) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment