Peluang Mastura pertahan Kuala Kangsar cerah

Selepas kematian suaminya dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei, 2016, Datin Mastura Mohd Yazid terpaksa memikul tanggungjawab baru.
Beliau dicalonkan oleh Barisan Nasional  bertanding pada pilihanraya kecil (PRK) Kuala Kangsar pada 18 Jun tahun sama sebelum diumum menang mengalahkan tiga pencabar.
Umum menyaksikan walau melalui pelbagai komen negatif , Mastura memperoleh  majoriti 6,969 undi iaitu sesuatu yang amat memberangsangkan.
Mastura memperolehi 12,653 undi menewaskan calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad yang mendapat 5,684 undi, calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli , 4,883 dan calon bebas, Izzat Bukhari Ismail Bukhari, 54.
Kepada pemerhati politik yang mengikuti perkembangan ini dari dekat mereka melihat satu lonjakan sokongan rakyat multi ras yang luar biasa mengambil kira pengalaman politik yang tidak seberapa berbanding allahyarham suaminya.
Penduduk Kuala Kangsar seperti dikebanyakkan tempat di Malaysia iaitu selepas pilihanraya 2008 berlangsung, tsunami pengundi Cina memihak pembangkang begitu diluar jangkaan.
Ironinya tempias tadi tidak berlaku di PRK Kuala Kangsar seolah-olah Mastura ada “soft spot” dikalangan mereka dan mereka kemudian memilih mengekalkan BN dengan memilihnya sebagai ahli parlimen baru.
Justeru Mastura bukan saja mengisi kekosongan yang ditinggalkan suaminya selaku ahli parlimen Kuala Kangsar ia juga muncul figura yang paling popular di Perak—negeri kelahiran suaminya Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
Tidak ada kejutan apabila Menteri Besar selaku Pengerusi BN negeri mengumumkan seranai  calon-calon BN bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) minggu lalu dengan turut menamakan Mastura.
Walaupun pada mula ada desas desus konon bakal berlaku perbalahan jika Mastura dicalonkan. Seperti biasa berita itu sekadar spekulasi yang cuba menggagalkan pencalonannya.  
Untuk rekod BN Perak menampilkan calon-calonnya untuk bertanding di 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pemangku Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Mohamad Kamil Shafie berkata isu perpecahan di dalam UMNO Bahagian Kuala Kangsar tidak pernah wujud sejak pemilihan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon BN.
“Alhamdulillah, buat masa ini, UMNO Bahagian Kuala Kangsar bersatu menunjukkan solidariti mereka untuk bekerja keras dalam menentukan kemenangan calon Barisan Nasional.
``Pada saya tidak timbul langsung perpecahan dalam UMNO Bahagian kerana setiap kali perjumpaan yang kami adakan maka mereka akan menunjukkan sokongan yang kuat dan di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang kita ada pun, bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon BN,” katanya.
Beliau turut mengulas kenyataan bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Ramly Zahari yang dikatakan terkilan selepas ada desas-desus mengatakannya tidak membantu kempen BN kerana tidak terpilih menjadi calon.
Kamil berkata tohmahan yang dibuat sesetengah pihak itu hanyalah dakwaan peribadi yang tidak senang melihat kebersatuan UMNO Bahagian Kuala Kangsar.
``Cuma ada daripada luar yang mengatakan ada perpecahan, itu mereka secara peribadi yang mereka tidak tidak senang melihat kita bersatu, bekerja untuk memastikan kita menang.
``Memang dalam politik ini ada sedikit sana sini sana sini. Itu perkara biasa, tetapi dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL