Jika berani buat, Rafizi kenalah berani tanggung

Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli perlu berhadapan tindakan undang-undang jika terbukti beliau mendedahkan dokumen sulit laporan Ketua Audit Negara berhubung syarikat pembangunan strategik, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, polis akan menyiasat kes itu selepas Naib Presiden PKR itu didakwa mendedahkan butiran dokumen yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) semalam.

“Sudah tentu beliau bersalah, ianya adalah OSA, yang telah ditetapkan kesalahan dan hukumannya.

“Polis akan melancarkan siasatan mereka sendiri selepas Rafizi mengakui mendedahkan dokumen OSA,” katanya di luar Dewan Rakyat, Selasa.

Seksyen 8 OSA menetapkan mereka yang disabitkan dengan kesalahan mendedahkan rahsia kerajaan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun.

Ahli Parlimen Pulai itu bagaimanapun tidak mahu membuat spekulasi mengenai bentuk pertuduhan yang mungkin dihadapi Rafizi jika beliau melanggar peraturan OSA itu dan sekadar menyerahkan kepada pihak polis.

“Biar mereka siasat dahulu, kita perlu pastikan ianya di bawah OSA.

“Prosedurnya adalah anda perlu mengesahkan bahawa ianya adalah di bawah OSA. Jika didapati iya, maka kita akan bertindak mendakwa,” kata Nur Jazlan.

Semalam di lobi parlimen, Rafizi mendakwa memiliki petikan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB yang membuktikan bahawa firma pelaburan negara itu turut bertanggungjawab di atas kelewatan pembayaran gratuiti oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana