IKATAN dakwa rakyat tak peduli gerakan jatuhkan PM

SHAH ALAM: Gerakan Selamatkan Malaysia yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pembangkang yang bertujuan menyingkirkan Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku Perdana Menteri, 'tidak akan dipedulikan' oleh rakyat, demikian menurut Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Bekas menteri kabinet itu berkata, suara rakyat Malaysia menerusi wakil rakyat masing-masing di Parlimen masih mahukan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan.  

"Dua institusi yang relevan dalam isu ini, pertamanya parlimen. Suara lebih 30 juta rakyat di sana. Keduanya, memandangkan mereka telah memilih Barisan Nasional (sebagai parti pemerintah), siapa ketuanya? Ketua-ketua 14 parti komponen dan Umno memilih sebulat suara Najib.

"Jadi saya sangat ragu (dengan gerakan Selamatkan Malaysia) tapi biarkan saja mereka. Ini saya gelarkan sebagai 'bunyi-bunyi' demokrasi.

"Tak perlu panik, tak perlu cakap buruk tentang mereka, tak perlu hentam mereka.

"Mereka boleh buat (apa saja) tapi saya yakin rakyat tidak akan pedulikan mereka. Saya tidak nampak pun ada pergerakan rakyat besar-besaran," katanya kepada Antarapos dalam satu wawancara baru-baru ini.

Presiden parti baru yang kini bekerjasama membentuk blok politik ketiga bersama PAS itu juga berkata, pada akhirnya, kuasa terletak di tangan rakyat untuk memilih kerajaan menerusi pilihan raya.

"Kita dah memilih sistem kerajaan berparlimen. Kita juga telah pilih sistem parti kerajaan.  

"Atas semua kontroversi ini, ada yang kata salah, ada yang kata betul, ada yang neutral. Tidak mengapa itu kita letak tepi kerana ia perbahasan yang panjang. Tapi siapa yang akan buat keputusan? Rakyat lah melalui wakil rakyat," katanya lagi.

Ahad lalu, gerakan yang diketuai Dr Mahathir itu mengadakan himpunan Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam, sebagai susulan selepas menandatangani Deklarasi Rakyat bagi mendesak pengunduran Najib, pada awal bulan lalu.

Pada himpunan tertutup itu, ia menampilkan 19 pemimpin termasuk Dr Mahathir bagi menyampaikan ucapan perbahasan.

Pemimpin Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut tidak terkecuali menjadi pembahas sepentas bersama beberapa pemimpin pembangkang, aktivis politik dan NGO yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL