Dua loji baru bernilai RM800 juta di Selangor akan jadi projek gajah putih
Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) Selangor mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang mahu membina dua loji rawatan air baru di Labuhan Dagang dan Semenyih yang mencecah kos sebanyak RM800 juta.
Menurut ADUN Permatang Datuk Sulaiman Abdul Razak, pihaknya beranggapan bahawa dua projek yang menelan belanja besar itu akan terbengkalai setelah projek Langat Dua siap sepenuhnya 2019.
"Air tak cukup macam mana nak buat loji rawatan air nanti akhirnya itu akan jadi projek gajah putih. Apabila langat dia siap sepenuhnya esok dengan kapasiti 1320 juta liter sehari fasa satu dan fasa dua pun jumlah sama 2640 juta nanti dua loji rawatan air baru nie nak jadi apa? Langat dua pun ambil air dari negeri Pahang jadi itu realitinyalah," katanya dalam sidang media di lobi DUN Selangor hari ini.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Azmin Ali sebelum ini berkata dua loji rawatan air yang bakal dibina itu adalah untuk menampung permintaan air terawat dalam tempoh yang kritikal ini.
Ia ekoran jangkaan kerajaan negeri bahawa Selangor bakal menghadapi krisis bekalan air kritikal pada 2017 hingga 2019.
Dalam pada itu, Sulaiman turut menuntut penjelasan dari kerajaan negeri dari mana kerajaan negeri mahu mengambil sumber air bagi menampung keperluan dua loji baru itu.
"Persoalan saya adalah dari segi sumber air mentah sebab Langat Dua atau pun di kawasan di Labuhan Dagang dan Semenyih ini disitu juga ada loji rawatan air yang sudah wujud iaitu Langat dan Cheras, Batu 11.
"Kedua-dua loji ini juga banyak hadapi masalah sehingga ditutup terutamanya disebabkan amonia. Kalau dua loji ini pun selalu ditutup disebabkan amnonia dimana loji Semenyih dan Labuhan Dagang nak dapt air?," soal Sulaiman.
Katanya, melalui kajian yang dijalankan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sungai-sungai di Selangor hanya boleh menyalurkan sumber air di 34 loji sedia ada.
Terdahulu, Menteri Besar Selangor Azmin Ali mengumumkan pembinaan dua loji baru itu akan dimulakan pda pertengaham tahun ini dan dijangka siap pada 2017.

Comments