Kita Wajib Bertegas Dalam Hal Ini....Polis Tahan 75 Kenderaan Asing Miliki Saman Tertunggak
BUKIT KAYU HITAM: Sebanyak 75 kenderaan asing yang mempunyai saman tertunggak ditahan menerusi Op Saman Tertunggak Warga Asing (OSTWA) yang dijalankan di laluan pemeriksaan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah pada Rabu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah Supt Zahari Mohamed berkata operasi yang bermula 6 pagi itu, menahan kenderaan asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan jalan raya.
"Operasi yang kami jalankan ini lebih memfokuskan kepada kenderaan asing dari Thailand dan Singapura yang melakukan kesalahan jalan raya dan gagal menjelaskan saman," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.
Zahari berkata bagi memudahkan polis mengesan pesalah jalan raya, dua sistem alat pengesan yang dikenali sebagai Mobile Compound Online Payment System (MCOPS) dan Automated Number Plate Recognition (ANPR) diperkenalkan dan Kedah merupakan negeri perintis bagi pelaksanaan sistem itu.
"Sistem MCOPS yang menggunakan semakan melalui talian telefon akan memudahkan pihak polis melakukan semakan terhadap nombor pendaftaran kenderaan dan kesalahan yang dilakukan," katanya.
Zahari berkata maklumat yang diperoleh melalui sistem itu juga lebih cepat dan saman akan dikeluarkan dalam tempoh 10 minit berbanding sebelum ini yang mengambil masa lebih daripada 24 jam.
"Bagi sistem ANPR pula, dua kamera yang dipasang di atas kereta peronda akan mengimbas nombor pendaftaran kenderaan dan sekiranya kenderaan terbabit mempunyai kesalahan saman, waran tangkap atau kenderaan curi, siren akan berbunyi dan maklumat akan terus sampai kepada pihak polis," katanya.
Beliau berkata dua sistem itu diwujudkan melalui Projek Trafik Corp Fasa 3 dan telah diuji sejak Jun tahun lalu di Kuala Lumpur dan Johor.
"Peralatan MCOPS dan ANPR akan diagihkan kepada setiap negeri secara berperingkat bagi memudahkan polis untuk mengesan pesalah jalan raya," katanya.
Operasi yang bermula pada 6 pagi tadi hingga 10 malam ini turut disertai enam pegawai serta 37 anggota polis trafik dan turut dibantu 10 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah.

Comments