Video: Mahathir Lebih Diktator Dari Najib Kata Ku Li
KUALA LUMPUR – Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini berkata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lebih diktator berbanding Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Tengku Razaleigh ketika sidang akhbar khas sebentar tadi diminta mengulas mengenai kenyataan Mahathir yang mendakwa Najib perlu digulingkan kerana bersifat seperti seorang diktator.
“Setakat hari ini kita menerima pengakuan yang dibuat oleh orang berkenaan (Mahathir).. dia yang mengaku dia sebagai diktator.
“Jadi kalau saya nak kata dia (Mahathir) bukan diktator, tak boleh lah kerana dia sendiri yang mengaku dia diktator,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Langgak Golf di sini, hari ini.
Terdahulu Tengku Razaleigh turut menafikan beliau menyokong gerakan deklarasi Tun Dr Mahathir Mohamad-Lim Kit Siang untuk mengulingkan Perdana Menteri.
Mahathir pada Ahad lalu mengakui bahawa beliau menjadi “diktator” semasa pemerintahan 22 tahun namun akhirnya terpaksa melepaskan jawatan jawatan tersebut tanpa sebarang desakan atau paksaan.
Mengulas lanjut Tengku Razaleigh yang lebih dikenali dengan panggilan Ku Li turut menjelaskan dirinya sering kali ditipu oleh Mahathir.
“Saya banyak kali ditipu oleh Dr Mahathir tapi saya bersabar dan terima (keadaan itu)… walaupun saya baik dengan beliau dan tidak bermusuh dengan sesiapa” katanya lagi.
Ku Li turut menafikan dirinya sebagai dalang untuk membuat undi tidak percaya kepada Najib sambil menyifatkan Mahathir hanya pandai meletakkan kesalahan tersebut kepada orang lain. – SuaraTV

Comments