Pembangkang Sudah Terdesak.... Azmin dakwa Ku Li buat pusingan U
SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, menyifatkan veteran Umno Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah membuat pusingan U bersabit sokongan beliau sebelum ini dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kata Azmin, langkah Tengku Razaleigh yang kembali menyokong Najib setelah menandatangani Deklarasi Umno Kelantan itu dilihat bercanggah dengan sokongan yang pernah dinyatakan kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.
"Memang dia (Tengku Razaleigh) tidak tandatangan (Deklarasi Rakyat) sebab dia tandatangan Deklarasi Umno Kelantan, dia sudah buat u turn (pusingan U). Nak buat macam mana," katanya.
Bagaimanapun menurut Tengku Razaleigh, beliau tidak menandatangani deklarasi terbabit biarpun namanya disebut-sebut dikalangan 58 pemimpin dan aktivis yang menandatangani dokumen berkenaan.
Semalam Tengku Razaleigh yang lebih dikenali dengan panggilan Ku Li menyamakan majlis Deklarasi Umno Kelantan untuk menyatakan sokongan kepada Najib sama seperti menandatangani buku kedatangan.
Malah tindakan beliau menandatangani Deklarasi Kelantan menyokong Najib tidak salah dan adalah haknya sebagai ahli Umno.
Mahathir sebelum ini menuduh Ku Li sebagai berpaling tadah kerana mendakwa mantan naib presiden Umno itu telah bersetuju untuk menentang Najib.
Beliau turut mendakwa, Ku Li pernah memberikan idea menggulingkan Najib menerusi usul undi tidak percaya di Parlimen sebelum ini.

Comments