Zambry keluar malam tinjau masalah rakyat di Ipoh
Tidak ada sesiapa yang dapat menghidu programnya malam semalam (Isnin), Menteri Besar Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir melakukan sesuatu diluar kebiasaan sebagai seorang CEO negeri Perak.
Kerja-kerja begini ada risikonya maklum saja orang politik mempunyai ramai musuh terselindung.
Dengan mengenakan pakaian kasual, malam itu membawanya ke beberapa kawasan—gelap dan tidak berpenghuni—bagi memperoleh maklumat dan pada masa sama membantu Dato Bandar.
Sebagai Menteri Besar, ia bukan sekadar kerja menggarah dan menjatuhkan hukum ada tugas lebih baik menunggu iaitu memberi maklumat.
Kepada Dato Bandar yang baru ini, Menteri Besar memberi beberapa arahan disamping petunjuk. Ia kemudian diselit kata-kata sokongan.
Sebagai asas, ada sesuatu yang mahu dibuktikan sebab itu beliau hanya bersama CEO Majlis Bandaraya Ipoh iaitu Dato Bandar Datuk Zamri Man.
Lazim jika ramai pegawai ikut misi ini serta lebih-lebih lagi dapat menghidu operasi Menteri Besar seperti mana dilakukan tonto kepada operasi dijalankan pihak JPJ, masalah belum tentu selesai.
Lazim para pegawai cuba menyembunyikan masalah sebaliknya menceritakan perkara-perkara baik sahaja. Yang tidak baik disapu bawah karpet.
Pegawai-pegawai medianyapun tidak memaklumkan itinari Menteri Besar kepada pihak media seperti kelaziman. Kebanyakan dari wartawan sama ada duduk rumah tidak ada assignment atau setengah melakukan tugasan lain.
Jika anda perhati gambar-gambar diambil (menggunakan telefon mudah alih),ia bukan diambil secara professional. Sebab itu kelihatan suasana pucat dengan kekurangan cahaya.
Dengan ditemani Dato bandar Ipoh, Menteri Besar mengadakan lawatan mengejut ke sekitar bandarraya Ipoh. Ingin tahu serta mahu “mengtaklimatkan” Dato Bandar, agar melakukan sesuatu.
Sejak menjadi Dato Bandar, Dato Zamri melakukan banyak kejutan. Salah satu azamnya ialah mahu menjadikan bandaraya Ipoh bersih.
Hasil setakat ini belum nampak tetapi usaha sudah dilakukan. Bagi yang terlepas pandang kalau dahulu rumput memenuhi longkang-longkang sehingga menyebabkan air bertakung. Hari ini rumput-rumput dan sampah sarap dikeluarkan sebelum diangkut lori bandaraya.
Untuk rekod Dato Bandar juga turun melihat staff bawahan seperti petugas membersih dan menyapu sampah jalanan menjalankan kerja.
Spot check begini membantu, macamlah dilakukan Menteri Besar malam Isnin.
Agak melucukan melihat Dato Bandar memberi stafnya minuman berupa tea-ais.
Pada lawatan malam semalam pula Dr Zambry mengamati isu "pencahayaan" di sekitar bandaraya ini. Antara isu yang dibangkitkan oleh Menteri Besar ialah "mencahayakan" pokok-pokok besar terutama di sepanjang Sungai Kinta.
Beliau menyatakan pencahayaan pokok hujan (raintrees) ini akan menjadi satu tarikan kepada bandaraya Ipoh.
"Ini merupakan aset besar yang perlu digunakan sepenuhnya terutama di Taman DR Seenivasagam bagi memastikan kawasan ini terang," katanya.
Di samping itu, Dr Zambry juga telah mengarahkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) supaya mengatasi masalah lampu-lampu jalan yang tidak berfungsi.
"Ada tempat-tempat yang dulunya dijaga dengan baik tetapi kerana masalah ini ia tidak menjadi tarikan lagi," tambah beliau.
Menteri Besar juga telah mengarahkan MBI mengatasi masalah ini dengan segera.
"Saya percaya Datuk Bandar akan mengambil tindakan segera, kerana beliau seorang yang pro-aktif," katanya.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pengikut beliau di dalam media sosial termasuk facebook dan instagram yang memberikan maklumbalas dan komen positif.

Comments