Muka Yang Tak Tahu Maluuuuu.....Mahfuz dan Husam bukan mewakili PAS... - Idris Ahmad

Kelibat dua bekas pemimpin PAS Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa yang mengekori ke mana saja Tun Mahathir berceramah akhir-akhir ini bukan mewakili PAS, demikian tegas Naib Presiden PAS Idris Ahmad.
Menurutnya, kedua-dua mereka bertindak atas kapasiti peribadi bukannya parti.

Jelasnya lagi, PAS belum membuat sebarang keputusan untuk mengambil tindakan terhadap mereka berdua yang hadir pada himpunan Kongres Rakyat 2016, Ahad lalu.

"Dia sebagai rakyat, tidak mengapalah. Kita tidak sertai atas nama parti, tindakan belum tentu ada perlu ada yang tidak perlu," katanya kepada pemberita ketika sidang media di lobi parlimen.

Beliau dilihat enggan mengulas lebih panjang berhubung perkara itu apabila diasak pemberita yang bertanyakan mengenai pendirian PAS yang terlalu 'bertoleransi'.

Tambah Idris lagi, tindakan kedua-dua pemimpin yang cenderung kepada Pakatan Harapan (PH) itu tidak menjejaskan parti oleh kerana ahli PAS kini mencecah sejuta orang.

Mahfuz yang merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena dan Husam yang merupakan ADUN Salor, seringkali mengambil pendirian yang tidak senada dengan parti khususnya dalam isu membabitkan Najib.

Husam sebelum ini turut lantang mengkritik Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai pendekatan yang diambil parti itu terhadap Najib.

Beliau turut mendedahkan rancangan presiden parti membaiki hubungan dengan musuh tradisinya, Umno dan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam, hudud.

Mengulas mengenai kritikan Husam itu, Idris menyifatkannya sebagai 'pendekatan' peribadi Husam.

"Itu pendekatan dia tentang pimpinan.. kami ada pendekatan kami," ujarnya.

Husam beberapa bulan lalu telah dirujuk kepada Jawatankuasa Displin parti ekoran kelantangan mengkritik presiden dan parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana