Selepas WSJ Gagal, Pembangkang Guna Media Australia Jatuh Najib

ABC News beberapa hari kebelakangan ini dilihat perlahan-perlahan mula ambil alih peranan putar belit yang dulu dimainkan WSJ.  Seolah-olah tak cukup lagi dengan portal berita pembelit sedia ada di Malaysia ni, kehadiran ABC News ke Malaysia bermula penuh kontroversi – bila 2 wartawannya merempuh kawalan keselamatan Datuk Seri Najib Tun Razak di Sarawak minggu sudah.

Dalam masa yang sama, wartawan dari agensi berita yang sama menimbulkan kekecohan dalam sidang media oleh balu bekas penyiasat persendirian, B Balasubramaniam di Kuala Lumpur dengan soalan-soalan berbentuk provokasi.

Keadaan ini sahaja membuktikan bahawa peralihan peranan dari WSJ ke ABC News itu memang berlaku.  Mungkin melihat kepada kegagalan WSJ meneruskan momentum yang boleh menggegar kedudukan Najib, para penentangnya beralih kepada ABC News pula untuk berterusan mencemar imej Najib bagi segmen antarabangsa.

Apatah lagi, sama seperti WSJ, ABC News juga tidak mempunyai pejabat di Malaysia, semua wartawan dan jurugambar yang nak membuat liputan, perlu didatangkan dari Australia.  Kalau nak mengambil tindakan undang-undang pun sukar.

Menariknya, walaupun peranan itu telah diambil alih, pendekatan sama digunakan WSJ, masih diamalkan ABC News.  Paling ketara, kegemaran memetik sumber tertinggi yang ‘tidak dikenali’ untuk memberi merit kepada laporan yang disiarkan.

Ini taktik lapuk dah tapi sebab dimana-mana pun ada orang yang mudah percaya tanpa usul periksa, peduli apa ye tak?

Cuma kalau boleh dikatakan ABC News ini ‘membantu’ Najib ialah bila mereka mengesahkan dalam dokumentari Four Corners yang disiarkan baru-baru ini bahawa dana yang dimasukkan dalam akaun peribadi Najib pada tahun 2013 adalah berasal dari Arab Saudi – sekalipun cara penyampaian itu sekali pandang tahu banyak putar belit.

Justeru kalau nak percaya ABC News sekalipun, mulakanlah dengan yang ini dulu.

Begitupun rumusannya untuk semua rakyat Malaysia tahu ialah, pendekatan menjatuhkan Najib sekarang sudah berubah.  Kalau dulu guna WSJ, Mahathir dalam UMNO dan sebagainya, sekarang guna ABC News, Mahathir luar UMNO dan seterusnya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL