Niat jahat di sebalik pembikinan dokumentari 4 Corners - KPN
Dokumentari 4 Corners yang disiarkan stesen televisyen Australia, ABC, kelmarin disifatkan berbentuk dendam dan mempunyai agenda memburukkan Malaysia di mata dunia.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata dokumentari itu sengaja mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan pelbagai skandal pembunuhan dan rasuah.
Katanya, semua dakwaan yang disiarkan dalam dokumentari itu sudah dijelaskan kepada umum oleh polis dan Peguam Negara, sekali gus tidak sepatutnya dibangkitkan kembali.
"Saya sudah melihat dokumentari itu dan ia (stesen televisyen) memaparkan dendam selepas wartawannya ditahan ketika merempuh sekatan keselamatan Perdana Menteri di Sarawak, baru-baru ini. "
Polis sudah beberapa kali menjelaskan pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank), Hussain Ahmad Najadi dan Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais, tidak ada kaitan dengan 1MDB," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri persidangan agung persatuan di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke-88 di Kulai Johor pada Rabu.
Dokumentari 44 minit itu antara lain memaparkan wartawan rancangan 4 Corners, Linton Besser yang turut mewawancara beberapa individu bagi mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Kevin dan Hussain.

Comments