Jadi Siapa Yang Berkata Bohong!!!! Saya tidak terlibat mana-mana kumpulan nak jatuhkan PM…- Tengku Razaleigh

Sehari selepas beliau buat kenyataan media jelaskan pendiriannya setelah dituduh oleh Tun Dr Mahathir sebagai pembelot usaha jatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak…Tengku Razaleigh adakan sidang akhbar di rumahnya di Kuala Lumpur.

Ramai wartawan hadir kerana ada yang mengaku kurang jelas lagi cerita sebenar dari kenyataan itu semalam.Beliau dihujani soalan bertalu-talu.

Antara pekara penting ditegaskan bekas Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Gua Musang itu beliau tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan untuk jatuhkan Najib.

Tengku Razaleigh juga nafi dakwaan Dr Mahathir bahawa beliau perancang gerakan untuk undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Parlimen.

Katanya beliau konsisten dengan pendiriannya bahawa apa-apa langkah untuk jatuhkan Perdana Menteri mesti ikut perlembagaan yakni menerusi pilihanraya umum,undi tidak percaya di Parlimen dan cara Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir kena letak jawatan.

Beliau tidak setuju dengan Deklarasi Rakyat yang dipelopori oleh Dr Mahathir dengan kerjasama pembangkang sekarang.

Ditanya pasal Dr Mahathir tuduhnya banyak kali khianatinya,Tengku Razaleigh secara jenaka sinis jawab bahawa orang juga kata beliau banyak kali ‘ditipu’ oleh bekas Perdana Menteri itu.

Beliau menjelaskan beberapa kali hadir pertemuan diadakan Dr Mahathir sebelum ini atas pendiriannya tidak setuju bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan ditahan polis dibawah SOSMA.Itu saja.

Katanya bukan beliau yang bagi idea dan mengatur gerakan untuk hasut Ahli Parlimen buat undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Parlimen.

Menurut beliau dari sudut demokrasi dan perlembagaan adalah tidak salah jika ramai yang sudah tidak suka pada Perdana Menteri buat undi tidak percaya di Parlimen.

Katanya usaha pihak pembangkiang untuk buat undi tidak percaya pada Najib menerusi tidak sokong Bajet 2016 tahun lagi sudah gagal.

Katanya semua pihak harus terima hakikat bahawa undi tidak percaya itu gagal.

Kepada soalan mengenai surat akuan bersumpah yang didedah oleh Ahli Parlimen DAP Liew Chin Tong di facebook semalam yang sokongnya jadi Perdana Menteri,Tengku Razaleigh nafi beliau terlibat edarnya .

Katanya beliau tidak tahu menahu mengenainya dan cuma sedar bila ia disebar semalam.

Beliau menilai surat itu cuma petik namanya sebagai contoh dan bukan untuk promosi atau namakan beliau sebarai Perdana Menteri.

Kepada satu soalan,Tengku Razaleigh kata beliau sudah tidak simpan niat atau ada minat lagi nak jadi Perdana Menteri.

Katanya beliau sudah tua.

Beliau juga sekali lagi mengesahkan kenyataannya sebelum ini penggal ini adalah penggal akhir nak jadi Ahli Parlimen.

Cuma katanya,tidak mahu bising-bising sangat hal itu sebab tidak mahu cetus masalah perebutan untuk jadi calon gantinya kelak di kawasan beliau.

Ditanya apakah beliau menyokong kerajaan pimpinan Najib sekarang,katanya beliau terus berpendirian sebagai ahli UMNO dan akan sokong apa yang baik dibuat oleh kerajaan.

Ditanya pula siapa pada pandangannya diktator…Dr Mahathir atau Perdana Menteri Najib…Tengku Razaleigh juga secara jenaka kata beliau berpegang pada pengakuan bekas Perdana Menteri itu sendiri bahawa beliau seorang diktator.

“Masa saya dulu apa pun tak boleh,”katanya yang pernah berentap sakan dengan Dr Mahathir dalam pemilihan UMNO tahun 1987 dimana beliau tewas tipis 43 undi.

Ditanya pasal isu 1MDB,Tengku Razaleigh kata beliau hanya berpegang kepada keputusan laporan akhir siasatan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Parlimen.

Katanya semua pihak perlu tunggu laporan berkenaan (yang akan dibentang di Parlimen tidak lama lagi) dan sehingga itu tidak perlu buat sebarang andaian.

Ditanya pula bagaimana nanti kalau laporan itu juga tidak mahu dipercaya oleh puak-puak yang kebelakangan ini buat bising pada 1MDB,beliau berkata," tunggulah...bagaimana nak komen mengenai kalau."

Comments

Popular posts from this blog

'Saya Tak Boleh Hidup di Malaysia Jika Hudud Dilaksanakan' - Marina Mahathir

Wajib Baca....8 perkara Lee Kuan Yew akan lakukan jika memerintah Malaysia