Pembangkang tidak prihatin isu boikot sawit...Pembangkang Ni Kalau Issue Tidak Baik Lagi Suka Pembangkang Ni
Tindakan pemimpin Pakatan Harapan menemui 14 duta dan tiga wakil negara Kesatuan Eropah (EU) menggambarkan pembangkang tidak peka dan prihatin dengan masalah yang menimpa pekebun sawit susulan tindakan EU memboikot produk berasaskan minyak sawit.
Ketua Penerangan UMNO Perak Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata tindakan Pakatan Harapan serta Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad itu amat bertentangan dengan langkah 2,000 peneroka diketuai Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad yang berarak menghantar memorandum bantahan kepada 17 kedutaan negara anggota EU di ibu negara pada 16 Jan lalu.
"Tindakan peneroka itu tidak sekadar mempertahankan periuk nasi sendiri, malah kantung seluruh peladang dan pekebun kecil yang bergantung pendapatan kepada tanaman kelapa sawit, bukan sahaja di Malaysia, malah di negara seluruh dunia yang menjadi pengeluar dan pengeksport produk minyak sawit.
"Maka bertepuk soraklah negara anggota EU dengan anggapan pertemuan itu, ditambah pula dengan kehadiran Tun Dr Mahathir, sebagai satu pengiktirafan dalam kalangan ahli politik tempatan terhadap usaha mereka memboikot minyak sawit Malaysia, antara negara utama dunia yang mengeksport minyak sawit selain Indonesia," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya pakatan itu tidak peduli sekiranya harga sawit jatuh akibat lambakan yang akan berlaku, asalkan matlamat untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional tercapai, biarpun terpaksa berpaut pada campur tangan kuasa asing.
Sementara itu, Jemaah Menteri sebulat suara bersetuju dengan cadangan mengkaji semula keputusan untuk membeli barangan dari negara Kesatuan Eropah (EU) sekiranya badan itu tetap dengan pendiriannya memboikot industri kelapa sawit negara.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, perkara itu telah menjadi fokus utama perbincangan dalam beberapa mesyuarat Kabinet sejak kebelakangan ini.
Jelasnya lagi, kerajaan menyedari kepentingan industri berkenaan dan usaha untuk menyelamatkan nasib 650,000 pekebun kecil adalah yang paling diutamakan.
“Perdagangan yang sihat mestilah bersifat dua hala dan sama adil.
“Jika EU memberikan alasan pengharaman bio bahan api berasaskan kelapa sawit adalah kerana paras jejak karbon, mereka terlebih dahulu perlu menghentikan pengeluaran dan penghasilan mentega,” katanya.
Tahun lalu Parlimen Eropah telah meluluskan resolusi yang mensyaratkan hanya minyak sawit yang dihasilkan secara lestari sahaja boleh diimport ke pasaran EU selepas 2021.

Comments