TIDAK LAYAK JADI PEMIMPIN JIKA MALU MENGAKUI WARGANEGARA

Mana-mana individu yang malu untuk mengakui menjadi rakyat Malaysia seharusnya melupakan hasrat mahu menjadi pemimpin kepada negara ini.

Pandangan itu dilontarkan oleh sasterawan dan pejuang bahasa, Dr. Lim Swee Tin yang menjelaskan seorang pemimpin tanpa semangat patriotisme hanya memberikan kesan negatif kepada negara sahaja.

Katanya, malah kepemimpinan individu itu juga bakal dipersoal kerana mentadbir tanpa rasa cintakan kepada negara.

“Jika seseorang itu tidak mempercayai negaranya, tetapi pada masa sama mahu memerintahnya, sudah pasti menimbulkan kebimbangan terutama bagaimana individu itu mahu menjalankan tanggungjawab serta menyatakan pendirian terhadap isu negara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang malu untuk mengakui sebagai rakyat Malaysia apabila berada di luar negara dalam ceramah beliau baru-baru ini.

Meskipun Mukhriz menafikannya, namun hari ini tular rakaman video menunjukkan beliau menyebut malu mengakui sebagai rakyat Malaysia ketika berada di luar negara sebaliknya bersedia menjawab Brunei.

Swee Tin menambah, tidak ada mana-mana pihak boleh menafikan nikmat bernegara, malah ramai lagi individu di dunia ini sedang mencari negara sebagai tempat berlindung.

“Ramai yang berhasrat menjadi rakyat kepada sesebuah negara, termasuklah Malaysia,” jelas beliau.-UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana