BELUM BUBAR PARLIMEN, TAPI DAH TUNJUK BURUK PERANGAI…

Apa sudah jadi? Belum pun Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat, namun nampaknya perang berebut kerusi dalam kalangan parti Pakatan Harapan tidak lagi dapat dibendung.

Hari ini, media arus perdana melaporkan tentang tindakan sekumpulan ahli parti ‘cap bunga’ yang beramai-ramai menunjukkan ‘adab susila rimba’ mereka dengan menempelak kepimpinan Pakatan Harapan secara terbuka di khalayak ramai.

Lebih memalukan, aksi-aksi ‘hangat’ itu dilakukan di depan media yang hadir, sekali gus memberi ruang kepada seluruh rakyat di negara ini untuk melihat sendiri perangai sebenar ahli dan penyokong parti ‘cap bunga’ yang kononnya ‘sopan santun’ itu.

Seingat penulis, sebelum ini sudah diberitahu kepada kepimpinan parti ‘cap bunga’ bahawa majoriti yang keluar dari UMNO dan menyertai parti serpihan itu merupakan mereka yang sering membuat onar di dalam parti keramat bangsa.

Malangnya, amaran ‘mesra’ itu dipandang sinis oleh kepimpinan parti ‘cap bunga’, malah ada yang di kalangan mereka yang membalas kononnya UMNO cemburu dan marah kerana mereka berjaya ‘curi’ anggota parti. Kononlah…

Namun, mungkin Allah SWT mahu tunjukkan kuasaNya, maka terpamerkan aksi-aksi ‘menarik’ tersebut di khalayak ramai, sekaligus membuktikan kebenaran terhadap dakwaan pejuang UMNO tulen sebelum ini. Lain kali, jangan cakap besar…

Walau bagaimanapun, penulis tidaklah terlalu hairan dengan apa yang berlaku. Melihat kepada pengerusi parti ‘cap bunga’ dan anaknya, maka kita boleh membaca dengan mudah tentang sikap sebenar mereka yang berada dalam parti tersebut, bukan?

Sejak dari zaman mudanya lagi, dia memang suka ‘buat hal’ dan kurang ajarnya memang dapat disaksikan ramai pihak. Sebagai contoh, dia sengaja tulis surat kepada bapa kemerdekaan kita, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra yang banyak berjasa di negara ini.

Jika surat itu ditujukan secara peribadi dan tertutup tidak mengapalah. Namun menurut Almarhum, dia sengaja menyebarkan ribuan salinan surat tersebut yang sarat dengan pelbagai tuduhan tidak berasas dan kejian terhadap individu yang bertanggungjawab memerdekakan Tanah Melayu.

Ketika dia dipecat, apa yang dia buat? Kepada PAS jugalah tempat dia menumpang pentas politik. Namun apa yang dia lakukan terhadap PAS hari ini? Boleh dikatakan hampir setiap hari dia menghentam PAS khususnya Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

Ketika dia berkuasa dulu, bagaimana layanannya terhadap Almarhum Tun Razak dan Tun Hussein sehingga kedua bekas Perdana Menteri itu benar-benar tersinggung hati dan bertindak keluar parti. Semuanya gara-gara siapa kalau kerana bukan pengerusi parti ‘cap bunga’?

Padahal, ketiga-tiga bekas Perdana Menteri itu semuanya sayangkan UMNO. Walaupun sudah keluar parti, mereka sempat berpesan kepadanya supaya kembalikan sifat, perjuangan dan jatidiri UMNO yang sebenar. Tapi, macam biasalah. Bila rasa dirinya bagai ‘maksum’, ada dia kisah pada pesanan itu?

Kemudian, apa nasib Almarhum Ghafar Baba ketika mana Dato’ Seri Anwar Ibrahim cuba mencabarnya untuk kerusi Timbalan Presiden? Tan Sri Sanusi Junid yang kini MT ‘Bunga’ ada ceritanya? Khabarnya ‘wang dalam beg’ jadi penentu undi untuk Anwar di Sabah?

Penulis yakin Presiden UMNO ketika itu mungkin tahu benar gerak politik ‘menti’nya untuk jatuhkan Almarhum Tun Ghafar. Tapi apa yang dia lakukan untuk hentikan ‘politik wang’ yang berleluasa itu? Buat bodoh saja kerana ‘menti’nya lebih berharga berbanding Tun Ghafar yang lebih banyak berjasa untuk rakyat dan bangsa Melayu?

Dia lantik Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai pengganti, tapi dia juga yang keluar parti jatuhkan penggantinya itu. Konon kerana dia fikir Pak Lah hanya akan menjadi Perdana Menteri sepenggal dua saja dan serahkan kepada pemimpin lain? Siapa dia untuk tentukan berapa lama Pak Lah jadi Perdana Menteri?

Dia sokong Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk gantikan Pak Lah, tapi sekali lagi petualang negara itu mahu mencatur gerakan menentukan siapa layak menjadi Perdana Menteri? Perkara yang tidak ada, direka-reka bersama Clare Brown untuk jatuhkan anak kepada Tun Razak yang banyak berjasa padanya?

Padahal, Tun Razaklah yang kutip dia dari ‘tong najis’. Malah Najiblah penentu kemenangan dia ketika berentap dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk merebut kerusi Presiden UMNO dulu. Jika Najib tidak tolong, jangan haraplah anaknya boleh rasa pakai alamat Seri Perdana, kan?

Dia memang begitu dari dulu. Suka buat onar, serang orang sana sini yang tidak mahu dengar katanya. Konon dia saja yang betul dan benar? Saluran yang baik tersedia untuknya, tapi dia sengaja guna cara kurang ajar untuk jatuhkan musuh politiknya? Siapa tidak kenal dia, bukan?

Jadi, cukup-cukuplah buat onar di negara ini. Rakyat di negara ini bukan bodoh untuk menilai siapa dirinya yang sebenar. Memang betul dia pernah berjasa selama 22 tahun, namun penulis yakin ramai kini menyedari segala onar yang pernah dia tutup ketik berkuasa dulu.

Kenapa baru kini onar-onar itu dirungkai satu persatu? Itu persoalan budak ‘kanyaq’ yang tidak kenal dia. Cari nahaslah jika dirungkai ketika dia berkuasa. Cuba belajar sejarah dan lihat bagaimana dia ‘layan’ mereka yang menentangnya dulu. Cari sendiri jawapannya…

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL