Mukhriz tak layak digelar pemimpin - KJ

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin (KJ) terpaksa berterus terang ketika mengulas isu Mukhriz Mahathir tidak layak diberi gelaran pemimpin semata-mata kerana ia merupakan anak lelaki bekas Perdana Menteri Malaysia.

Justeru jika  Tun Mahathir Mohamad baca komen KJ dan masih mahu menonjol anaknya itu sebagai bakal Perdana Menteri jika pembangkang menang PRU ke14,elok batalkan saja.

KJ berpendapat Mukhriz, yang pernah dikalahkan bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO sedekad yang lalu “tidak layak bergelar pemimpin” berasaskan komen terbaru ahli parlimen Jerlun itu.

Baru-baru ini media tempatan melaporkan Mukhriz, dalam ucapanya pada satu program di Baling, Kedah menyebut bahawa beliau terpaksa mengaku sebagai rakyat negara Brunei kerana mendakwa kepimpinan Malaysia telah mencemarkan imej negara di mata dunia.

Untuk rekod komen Mukhriz berjaya memanaskan politik Kedah sehingga isu ini diperbualkan dimerata ceruk namun umum melihat komennya mencerminkan ketidakmatangan sebagai seorang pemimpin politik.

Justeru ketika mengulasnya KJ menganggap kenyataan Timbalan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), yang mendakwa dirinya malu mengaku sebagai warga negara Malaysia apabila ke luar negara sebagai seorang yang tidak layak diangkat sebagai pemimpin.

Katanya kenyataan Datuk Seri Mukhriz itu juga disifatkannya sebagai satu pendirian yang memalukan.

Lebih-lebih lagi kata KJ lagi,  tindakan Mukhriz itu menunjukkan beliau langsung tidak mempunyai semangat kecintaan terhadap negara.

``Adakah calon seperti ini, yang malu mengaku sebagai warganegara Malaysia hendak kita angkat menjadi seorang pemimpin?

``Bagi saya itu adalah pendirian yang memalukan dan ia jelas menunjukkan bahawa beliau langsung tidak ada semangat mencintai negara.

``Pengundi harus menilai semula sama ada pemimpin seperti ini yang sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian.'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Parit Buntar di SK Titi Serong, pada Sabtu.

Hadir sama pada majlis itu, Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun.

Pada program itu beliau meluluskan inisiatif bagi penambahbaikkan 6 padang futsal di seluruh Parlimen dengan peruntukkan sebanyak RM300,000.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL