BAHAGI KERUSI DUN P.PINANG: SIAPA PULA AKAN JADI MANGSA?

DARIPADA 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang, hanya 11 kerusi yang mana majoriti pengundinya adalah Melayu.

Pada pilihan raya umum lalu, UMNO memenangi 10 daripada kerusi itu manakala DUN Permatang Pasir dimenangi Pas.

Hampir pasti, kesemua kerusi ini akan menjadi rebutan antara PKR, PAN dan Parti Pribumi Melayu Bersatu (PPBM).

Berdasarkan formula yang diguna pakai Pakatan Harapan ketika ini, kerusi yang Pas kalah ketika pilihan raya umum lalu akan diserahkan kepada PAN.

Ini bermakna PAN secara automatik akan mendapat lima kerusi yang diberikan kepada Pas ketika parti itu masih bersama-sama pakatan pembangkang.

Yang berbaki kini enam kerusi majoriti Melayu dan jika mengikut perkiraan mudah akan dibahagikan sama rata antara PKR dan PPBM iaitu masing-masing mendapat tiga kerusi.

Persoalannya, adakah PPBM akan berpuas hati dengan hanya tiga kerusi DUN di Pulau Pinang?

Ini kerana mengikut desas-desus ketika ini, PPBM khabarnya mahu menuntut sekurang-kurangnya sehingga 10 kerusi DUN.

Jika PPBM enggan mengalah, bermakna PKR perlu mengorbankan 10 kerusi yang dimenangi parti itu ketika pilihan raya umum lalu kepada PPBM.

Tetapi sanggupkah PKR berbuat demikian apatah lagi calon mereka memenangi kerusi itu dengan majoriti cukup besar dalam pilihan raya umum lalu?

Barangkali kerana gagal memuktamadkan isu pembahagian kerusi ini, Pakatan Harapan di Pulau Pinang sehingga kini masih belum mengumumkan pembahagian kerusi DUN untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Atau mungkin kerana bimbang episod tidak puas hati seperti yang berlaku Negeri Sembilan semalam berulang, maka Pakatan Harapan Pulau Pinang terpaksa kembali ke meja rundingan dan mencari formula lain bagi pembahagian kerusi.

Sesuatu yang pasti, DAP paling beruntung kerana parti itu mustahil akan melepaskan kesemua 19 kerusi DUN yang diperuntukkan dan dimenangi mereka ketika ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana