PAS tawar kerusi PRU kepada Khalid Ibrahim...Ada Berani Kah...?

PAS Selangor bersedia menawarkan kerusi kepada bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilaporkan bersedia membantu parti itu dalam kempen pilihan raya.

Bagaimanapun, ADUN Pelabuhan Klang itu dikenakan syarat iaitu perlu menyertai PAS.

Memetik laporan Sinar Harian hari ini, tawaran itu dibuat oleh Pengarah Pilihan Raya PAS, Roslan Shahir Mohd Shahir ,walaupun kepimpinan parti itu menghormati pendiriannya yang memilih bergerak bebas.

“Hubungan PAS dan Khalid cukup akrab dan kita kenal sejak beliau menyandang jawatan penting di Selangor,” katanya.

Pada masa sama, Roslan berkata kehadiran mantan Bendahari PKR itu adalah satu penghargaan buat PAS dan seterusnya membantu beliau untuk meneruskan perjuangan dalam politik sejak dipecat sebagai menteri besar Selangor pada 2014.

“PAS yakin beliau hadir pada program UMNO dan PAS tanpa agenda tersembunyi, sebaliknya sebagai meneruskan agenda rakyat Selangor yang diperjuangkan termasuk program air dan ekonomi.

“Namun keberadaan bersama PAS dianggap sebagai platform terbaik buatnya meneruskan agenda perjuangan rakyat,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana