Video polis buktikan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu temberang Besar
Harap-harap kali ini Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang tidak keluar ‘ fatwa’ lawak lagi kata video itu BESI dan tidak boleh jadi bukti seperti usahanya untuk selamatkan tengkok Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu video seks.
Sebaliknya beliau perlu teropong maruah dan intregriti orang nombor dua parti yang menggunakan nama Islam pimpinanya yang terang-terang temberang kepada semua orang mendakwa sebuah landrover polis melanggarnya semasa hendak menangkapnya pada hari demo Bersih pada 9 Julai.Lebih memualkan Timbalan Presiden PAS yang dipercayai nak mencetuskan rasa marah para penyokong pembangkang terhadap insiden dakwaannya telah tampil mengunakan kerusi roda termasuk waktu pergi berceramah untuk menceritakan kisahnya.
Video yang ditayang oleh pihak polis kepada lebih 100 orang wakil media, NGO dan persatuan di Bukit Aman petang Khamis jelas menunjukkan Mat Sabu yang membonceng motosikal jatuh sendiri semasa langgar bahu jalan dalam keadaan perlahan saja waktu nak buat U turn ketika dipintas Pajero polis di sebatang jalan di Bukit Persekutuan.
Bukit Persekutuan terletak tidak jauh dari kawasan KL Sentral di mana kebanyakan bos-bos pembangkang berkumpul termasuk Anwar untuk menyertai demo Bersih.
Polis mengekorinya dari dekat Mandrain Court di pusat bandar hingga ke situ.
Sebelum itu sekalipun beberapa kali diminta berhenti oleh polis Mat Sabu tidak mempedulikannya.
Lakaran polis tentang kedudukan motosikal Mat Sabu semasa insiden beliau jatuh dari motosikal yang langgar bahu jalan
Motosikal yang dinaiki Mat Sabu di atas jalan sambil diekori Pajero polis sebelum jatuh
Motosikal Mat Sabu nak belok ke belakang setelah dipintas Pajero polis
Motosikal dinaiki Mat Sabu masih tegak elok di tepi Pajero polis - bagaimana kata dilanggar dalam keadaan begitu.Video yang ditayang jelas tunjuk tidak ada sentuhan antara kedua kenderaan.
Kelihatan tayar motosikal dinaiki Mat Sabu di belakang Pajero polis semasa nak berpatah balik ke belakang tepi bahu jalan. Dalam keadaan kelamkabut langgar bahu jalan itu. Pajero polis waktu itu sudah berhenti dan anggota polis nak keluar kejar beliau.
Sebilangan anggota polis sedang membantu Mat Sabu yang jatuh setelah motosikal yang diboncengnya langgar bahu jalan semasa nak buat U turun patah ke belakang.
Pajero itu tidak langgar atau sentuh motosikal yang dinaikinya seperti didakwa Mat Sabu yang juga Timbalan Pengerusi Bersih.
Menariknya Mat Sabu melalak sana sini mendakwa sebuah landrover polis melanggarnya di situ.
Sebaliknya dalam video itu tiada sebuah pun landrover polis di lokasi.
Apa yang kelihatan cuma selain Pajero ialah dua buah kereta Waja polis yang turut serta dalam gerakan itu.
Video berkenaan diperolehi dari CCTV kawasan perumahan Sri Bukit Persekutuan di lokasi.
Kelihatan dalam video itu polis telah bergegas membantunya yang terjatuh dari motosikal selepas terlanggar bahu jalan.
Pemeriksaan doktor juga mendapati Mat Sabu tidak alami kecederaan serius semasa kemalangan jatuh motosikal di situ.
Namun apa yang beliau hebohkan kemudian kakinya alami kecederaan serius segala macam.
Beberapa orang ahli NGO yang turut serta menyaksikan tayangan video itu dalam dewan theateratte PDRM itu kedengaran berbisik sesama sendiri mengutuk kelentong Timbalan Presiden PAS itu.
"Poodahh...pakai saja nama parti Islam...Mat Sabu pun menipu." kata salah seorang daripada mereka.
Sementara itu Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rrashid yang memberi taklimat semasa tayangan video itu tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan keatas Mat Sabu kerana membuat dakwaan palsu. -21/7/2011
Comments