Pasar Chow Kit Akan Jadi Pasar Moden Di Tengah Bandar:TPM
KUALA LUMPUR: Pasar Raja Bot atau lebih dikenali sebagai Pasar Chow Kit akan bertukar wajah menjadi sebuah pasar moden selepas dinaiktaraf tidak lama lagi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan telah bersetuju untuk mengubahsuai dan membina semula pasar itu supaya menjadi lebih menarik dan bersih serta dapat memberi keselesaan kepada penjaja dan pengunjung untuk berurus niaga.
Beliau berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan pelan reka bentuk untuk menaik taraf dan membina semula bangunan pasar itu dalam tempoh dua minggu sebelum dibawa ke dalam perbincangan dengan wakil-wakil persatuan peniaga dan penduduk kawasan itu.
"Pihak DBKL bersetuju supaya dikemaskan dan disusunkan balik pasar ini yang tidak berubah sejak dulu lagi, katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Pasar Raja Bot di sini Ahad.
"Saya datang sini muda-muda dulu lebih 25 tahun sampai sekarang tidak berubah dengan keadan yang sesak, air kotor yang mengalir selalu mungkin tersumbat sistem perparitan, tidak disusun dengan rapi, bercampur dengan buah-buahan dan ikan-ikan.
"Di kota-kota besar dan sesetengah negara dunia yang telah maju, pasar masih kekal dalam bandar, tapi pasar itu dibangunkan secara yang bersih kering dan tersusun dengan elok dan ada yang menjadi produk pelancongan," katanya.
Muhyiddin juga berkata walaupun pasar ini akan dinaik taraf, semua peniaga sedia ada akan terus kekal berniaga di tempat yang sama, malah ia akan mempunyai pelbagai kemudahan yang lebih baik seperti tempat meletak kereta, bekalan air bersih dan tempat beribadat.
"Penjaja yang ada di sini akan dikekalkan di sini tapi kekal dalam keadaan yang lebih elok dan selesa. Kami tahu perkara sebegini (kedudukan peniaga selepas sesuatu kawasan dibangunkan) akan berbangkit. Tapi saya nak maklumkan, mereka yang sudah berniaga, berlesen, halal, mereka akan tetap berniaga di sini," katanya.
Pasar Raja Bot itu menempatkan lebih kurang 1,400 peniaga pelbagai barangan keperluan harian termasuk barang-barang basah dan kering seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging ayam dan lembu serta menjual pakaian dan juga gerai-gerai makanan.
Selain menjadi kunjungan rakyat tempatan, pasar itu juga menjadi tumpuan pelancong dari luar negara untuk mendapatkan barangan segar dan juga barangan lain dengan harga yang lebih murah.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan melaksanakan pelbagai langkah bagi menangani kenaikan harga barangan keperluan khususnya daging ayam yang turut menjadi sumber protein utama di negara ini.
Dalam mesyuarat jawatankuasa kabinet mengenai bekalan dan harga yang dijalankan minggu lepas, beliau berkata jawatankuasa itu bersepakat untuk mencari pendekatan baru menangani faktor luaran yang menyebabkan harga bahan mentah itu naik setiap tahun.
Katanya, dua faktor yang telah dikenal pasti adalah kerana kos harga makanan ayam dan harga anak ayam yang meningkat.
"Saya mendapati sebuah syarikat yang dimiliki oleh rakyat Malaysia di Chennai, India yang ada kontrak menanam jagung yang menjadi bahan utama dalam makanan ayam. Saya sudah meminta jawatankuasa melihat bekalan itu mencukupi untuk digunakan oleh kilang-kilang dan syarikat bekalan ayam di Malaysia dan mungkin ini dapat mengurangkan kos bahan mentah.
"Kalau dapat kita bincang dengan syarikat ternakan ayam untuk dapatkan sumber kos makanan lebih murah, kita harap dengan itu harga ayam akan dapat diturunkan," katanya.
Selain itu, beliau berkata bekalan barangan keperluan buat masa ini adalah mencukupi dan Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan sentiasa memantau harga 355 barangan yang telah disenaraikan bagi mengelakkan penyelewengan.- BERNAMA

Comments