Blogger ahli PKR kantoi fitnah Rais Yatim huhu hu kena Bayar...Nayaaaa
Lain kali jangan sebarkan isu fitnah ni pada laman blog ...kan dah Kantoi mana mahu ambil duit sebanyak tu.
Kalau takut dipukul badai..usah berumah ditepi pantai – itulah cogankata blogger Amizudin Ahmat @ sharpshooterblogger.blogspot.com.
Selasa, badai betul-betul melanda blogger ahli PKR ini bila diperintah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membayar gantirugi RM300,000 dan kos mahkamah RM100,000 kerana fitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengambarkan beliau salah rogol pembantu rumahnya.
Ini gara-gara tulisannya dibawah tajuk Hei Pak Menteri...mana mau lari...yang disiarkan pada 28 Disember lalu.
Artikel diblognya itu telah disiarkan semula di laman web milik PAS Harakah Daily.
.
Pada 31 Januari lalu Rais fail saman fitnah terhadap Amizudin mendakwa artikel berkenaan berniat jahat memfitnahnya kerana membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan serius iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia.
Menteri berkenaan telah menafikan tuduhan itu.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Zabariah Mohd Yusof.
Isu dakwaan hangat dimainkan oleh beberapa blog di negara ini dan juga dilaporkan oleh media Indonesia tidak lama dulu.
Bagaimanapun pembantu berkenaan sendiri yang pernah bekerja selama lapan tahun dengan di rumah Rais telah mengeluar kenyataan menafikan semua dakwaan itu.-19/7/2011 rujuk sini

Comments