Pembangkang takut ditelanjang dengan kebenaran
Pakatan pembangkang terpaksa menggunakan strategi politik dengan mengitar semula laporan Department of Justice (DoJ) dalam usaha mereka untuk mengalih perhatian isu kerugian forex dialami Bank Negara Malaysia (BNM) yang melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad pada awal 90an.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan kabinet untuk membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian Forex, mencetuskan suasana panik pada pakatan pembangkang.
Kata Annuar, kerugian BNM pada ketika itu dipercayai didalangi oleh Dr Mahathir dan pakatan pembangkang telah mengetahui bahawa mereka tidak mampu menghadapi PRU ke-14 nanti tanpa bekas Perdana Menteri itu.
“Mereka tahu jika kebenarannya diketahui umum, pembangkang dan kepimpinannya akan ditelanjangkan di khalayak ramai. Ini boleh membawa padah besar dalam pilihanraya nanti.
“Ada yang mengatakan pembabitan wang rakyat bernilai sehingga RM100 bilion dalam isu tersebut telah mewujudkan keadaan panik di kalangan pembangkang.
“Oleh itu, pembangkang tidak mempunyai pilihan lain dan mengitar semula laporan DoJ yang bermotivasi politik untuk membangkitkan isu 1MDB yang telah selesai. Ini hanyalah taktik lencongan,” kata Annuar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, pada Khamis.
Apa yang dikesalkan, menurut Annuar, pakatan pembangkang bertanggungjawab melibatkan campur tangan negara asing ke dalam negara yang demokratik dan berdaulat demi kepentingan politik mereka semata-mata.
“Dengan memberi maklumat kepada DoJ, ini satu perbuatan khianat.
“Pembangkang cuba memanipulasi laporan DoJ untuk mengalih tumpuan daripada isu RCI forex dan juga krisis dalaman yang berkaitan dengan keyakinan ahli PPBM terhadap pucuk pimpinan parti itu,” jelas Ahli Parlimen Ketereh itu.

Comments