MAHATHIR, KIT SIANG TIDAK LAGI UTAMAKAN NEGARA DAN RAKYAT?
Tindakan tanduk Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini dilihat tidak lagi berjuang untuk kepentingan rakyat Malaysia, sebaliknya lebih mengutamakan keluarga dan kroni masing-masing.
Kedua-dua pemimpin yang pernah bermusuhan itu dan saling tuduh-menuduh pada satu ketika dahulu sedang berusaha menutup kesilapan lampau masing-masing.
Namun rakyat kini telah mula membuka mata dan sudah bersedia untuk menghukum parti yang mereka wakili pada pilihan raya umum ke-14.
Serangan bertali arus tanpa asa kukuh terhadap kerajaan dan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, hanya bertujuan untuk mempertahankan kedudukan dan empayar keluarga.
Kedua-kedua pemimpin pembangkang itu sedang mengalih isu besar yang mereka hadapi semata-mata untuk menghilangkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan yang sedang berusaha keras memulihkan ekonomi negara.
Kit Siang pernah mendesak kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal kerugian besar Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak AS$10 bilion (RM44 bilion) semasa Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, namun apabila RCI ditubuhkan, pemimpin itu ttiba-tiba bertindak ‘menyembunyikan kukunya’.
Kit Siang kini dilihat seolah-olah mahu membela atau mempertahankan ‘kesilapan’ yang didakwanya dilakukan oleh Dr. Mahathir, yang dianggapnya diktator.
.
Sementara Dr. Mahathir pula tidak segan silu menjaja, Najib ‘pencuri wang ‘1MDB walaupun ia telah dijelaskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Jabatan Peguam Negara.
Malah saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat terhadap kerajaan bermotifkan politik semata kerana ia dibuat berdasar maklumat dan laporan berbentuk persepsi yang disalurkan oleh individu tertentu dari dalam negeri yang mahu menjatuhkan kerajaan.
Sekali lagi, pihak pembangkang mengundang campur tangan asing untuk bersama mereka (pembangkang) bagi menjatuhkan kerajaan, apatah lagi PRU ke 14 dikatakan semakin hampir.
Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad dan bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim turut mendedahkan tembelang sebenar Kit Siang dan Dr. Mahathir.
Tengku Sarifuddin dalam satu kenyataan media pada 27 Jun berkata, sepatutnya Kit Siang perlu mendedahkan kesemua salah laku Dr. Mahathir berhubung skandal kerugian dagangan mata wang (RM44 bilion) tersebut selepas sekian lama beliau mendesak ditubuhkan RCI untuk menyiasat skandal tersebut.
Anihnya, Kit Siang kini mengambil sikap berdiam pula dengan segala tindakan Dr. Mahathir itu, kataTengku Sarifuddin.
Menurut beliau, rakyat hanya akan memandang serius segala tuntutan Kit Siang jika beliau menggesa anaknya (Lim Guan Eng) meletakkan jawatan sebagai Penang Official 1 berikutan tuduhan kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Dakwa beliau, Kit Siang juga harus berhenti menggunakan isu-isu lain untuk mengalihkan skandal kerugian besar Bank Negara Malaysia sepanjang beliau memegang tampuk kuasa selama 22 tahun.
“Sepatutnya Kit Siang perlu mendedahkan kesemua salah laku Dr. Mahathir berhubung skandal tersebut, ” ujarnya lagi.
“Segala tindak-tanduknya itu jelas mendedahkan sifat pemimpin DAP itu yang hanya melakukan segalanya demi kepentingan politik semata-mata. Kit Siang langsung tidak memiliki prinsip dan integriti sebaliknya mahu memperkuat cengkaman kuasa politik DAP di negara ini ,” katanya.
Tegas Tengku Sarifuddin, rakyat hari ini telah mula menolak dan tidak menghormati perjuangan pemimpin yang bersikap diktator seperti Dr. Mahathir mahupun Kit Siang.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pula menasihatkan Kit Siang supaya lebih matang dan tidak membuat andaian berdasarkan motif politik semata-mata, termasuk mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat skandal mata wang asing yang berlaku pada awal 1990-an.
Tunku Abdul Aziz berkata, beliau pelik mengapa Kit Siang sentiasa mempertikai tindakan kerajaan meskipun apa yang dilaksanakan itu adalah untuk melindungi kepentingan rakyat.
Malah katanya, penubuhan RCI adalah memenuhi hasrat Penasihat DAP itu sendiri yang sejak 26 tahun lalu mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan bagi mencari dalang sebenar yang menyebabkan negara mengalami kerugian lebih RM30 bilion.
“Beliau perlu berhenti membuat kenyataan-kenyataan sebegitu. Jika mahu bercakap soal menegakkan keadilan, adakah beliau sendiri benar-benar bersikap adil sama ada di dalam partinya sendiri atau sekiranya Pakatan Harapan yang diketuai DAP berjaya memenangi Pilihan Raya Umum akandatang
“Saya mahu nasihatkan beliau, kadangkala kita perlu juga menyokong perkara yang baik. Jangan berdolak-dalik lagi untuk mengganggu proses siasatan,” katanya seperti mana yang dipetik daripada Utusan Malaysia pada Isnin lalu
Tunku Abdul Aziz memberi reaksi terhadap kenyataan Kit Siang yang meragui proses siasatan awal dilakukan Pasukan Petugas Khas (PPK), diketuai bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan lebih-lebih lagi berhubung sebab mengapa PPK mengesyorkan penubuhan RCI.
Beliau sedar bahawa Kit Siang kini sedang berhubungan baik dengan ‘musuh’ lamanya, Dr. Mahathir, tetapi jangan sampai bersikap tidak rasional dengan mengutamakan kepentingan politik semata-mata.
Penubuhan RCI adalah untuk melindungi kepentingan rakyat dan seterusnya menutup terus skandal ini. Kit Siang boleh menjayakan siasatan ini dengan memberi sokongan tanpa berbelah-bahagi kepada RCI,” katanya.
Rakyat kini sebenarnya sedang disajikan dengan sandiwara Dr. Mahathir dan Kit Siang. Keduanya boleh menjelma pelbagai watak yang berbeza mengikut zaman dan masa. Mereka boleh berada di dalam ‘sebuah kapal’, namun rakyat yakin haluan mereka sebenarnya berbeza jika pembangkang menang atau gagal dalam pilihan raya akan datang ini .- Kedahnews.com

Comments