PPBM bukan saingan Umno BN - Penganalisis

SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan mampu menganggu-gugat bekas parti induknya, Umno Barisan Nasional (BN), kata Penganalisis politik, Datuk Aidit Ghazali.

Ujarnya, PPBM tiada hala tuju yang jelas dan hanya bergerak bersandarkan dendam semata-mata, justeru ia tiada alasan kukuh untuk kekal relevan untuk jangka masa panjang.

"Dalam PPBM, ramai orang-orang yang kecewa, mereka bukan masuk PPBM sebab satu wawasan, bukan sebab ada visi tetapi mereka masuk sebab kecewa, jadi cuba bayangkan kalau dalam satu rumah penuh dengan mereka yang kecewa, mereka kecewa atas sebab yang berlainan.

"Yang akan porak-peranda nanti ialah PPBM sendiri sebab kita lihat mereka yang menganggotai Umno ialah mereka yang jelas dengan agenda, wawasan dan visi Umno," katanya ketika ditemubual Antarapos.

PPBM ramalnya sukar untuk bertahan lama dan buktinya semakin ramai ahlinya keluar parti meskipun baru sembilan bulan ditubuhkan.

"Ada juga orang dalam PPBM yang dah keluar dari PPBM sebab tak dapat tempat, jadi ini (PPBM) baru setahun jagung diwujudkan, nak ke kita bergantung pada alternatif begitu," ujarnya lagi.

PPBM mula menerima tamparan apabila seorang daripada pengasasnya, Kamarulazman Habibur Rahman mengistiharkan keluar parti selepas kecewa dengan amalan kronisme dan pilih kasih di dalam parti teraju Tun Dr Mahathir Moahamd itu.

Disusuli peletakan jawatan Exco Srikandi PPBM, Zulaiha Sidek. Kemudian Ketua Srikandi Penaja PPBM Bahagian Gopeng, Aflatuniah Md. Norani pula mengundurkan diri.

Lebih memburukkan keadaan, seramai 1000 ahli termasuk pemimpin PPBM di Perak mengumumkan keluar parti pada bulan lalu.

Terkini, seorang Exco Armada, Muhammad Hafiz Azhar turut  meluahkan rasa kesal kerana menyertai parti berkenaan yang disifatkan sebagai menyekat kebebasan anak muda untuk bersuara.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL