PAS BOLEH BERGABUNG DENGAN MANA-MANA PARTI, TAPI…

PAS tidak menolak untuk bergabung dengan parti politik lain selepas Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, sekiranya itu yang dimahukan ahli dan penyokongnya.

Ketua Penerangannya, Nasruddin Hassan bagaimanapun enggan memperincikan parti mana yang menjadi ‘pilihan’ PAS, namun menegaskan parti itu tidak mengamalkan politik statik.

Kerjasama yang bertujuan membentuk kerajaan itu, menurut Nasruddin, perlu mengutamakan prinsip rakyat selain tidak menggadaikan perjuangan PAS yang berlandaskan Islam.

“Jika itu realiti yang berlaku dalam pilihan raya beerti satu parti tidak boleh bentuk kerajaan. Mahu tidak mahu, untuk membentuk kerajaan mesti ada kerajaan campuran.

“Siapakah parti, atau pilihannya, kita tidak boleh tentukan sekarang. Mesti melihat kepada kepentingan dasar perjuangan dan rakyat. Itu sudah kita pastikan. Politik terbuka, jangan ditutup,” ujarnya ketika ditemui Antarapos, baru-baru ini.

PAS sebelum ini kerap dituduh akan mengadakan hubungan politik dengan Umno Barisan Nasional (BN) selepas dua parti itu kerap kali berkongsi pentas dalam isu membabitkan kepentingan rakyat.

Kemesraan PAS-Umno kemudiannya ditafsirkan parti-parti pembangkang yang lain sebagai agenda untuk mendepani pilihan raya yang akan datang.

Parti-parti pembangkang juga menuduh PAS sengaja mencipta jalan mudah untuk kemenangan Umno-BN selepas ia tidak lagi mengadakan kerjasama dan menyertai Pakatan Harapan (PH).

“Kemungkinan besar tanggapan bahawa tiada parti yang boleh menang untuk membentuk kerajaan secara satu parti. Maka mereka terpaksa memilih rakan ganding atau pakatan untuk membentuk kerajaan.

“Jika itu berlaku, kita akan nilai semula mana-mana parti berdasarkan prinsip, pastikan kepentingannya berbalik kepada perjuangan Islam dan rakyat yang kami wakili,” kata Nasruddin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana