KIT SIANG, DAP BENCANA BESAR PADA NEGARA
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan kerajaan yang dipimpin DAP didakwa akan mengakibatkan bencana besar kepada negara dan seluruh rakyat Malaysia.
Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad berkata, rakyat hanya akan memandang serius segala tuntutan Penasihat DAP, Lim Kit Siang apabila beliau menggesa anaknya meletakkan jawatan sebagai Penang Official 1 berikutan terlibat dalam kes salah laku rasuah.
Dakwa beliau, Kit Siang juga harus berhenti menggunakan isu-isu lain untuk mengalihkan skandal kerugian besar Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak AS$10 bilion (RM44 bilion).
“Sepatutnya Kit Siang perlu mendedahkan kesemua salah laku Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung skandal tersebut. Selepas beberapa dekad menyeru agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat skandal tersebut, kini Kit Siang berdiam pula dengan segala tindakan Dr. Mahathir itu.
“Segala tindak-tanduknya itu jelas mendedahkan sifat lelaki berkenaan yang hanya melakukan segalanya demi kepentingan politik semata-mata. Kit Siang langsung tidak memiliki prinsip dan integriti serta dahagakan kuasa di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, tegas Tengku Sarifuddin, rakyat hari ini menolak dan tidak menghormati pemimpin yang bersikap diktator seperti Dr. Mahathir mahupun Kit Siang yang tidak mengaku dirinya seorang diktator.
Utusan

Comments