Pembangkang mahu anjur himpunan 'Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi'....Apa Lagi Ni...Kerja Nak MEnyusahkan Saja

Pakatan Harapan (PH) akan menganjurkan satu himpunan besar-besaran pada September ini bagi memberi penerangan kepada rakyat bersabit dakwaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun menafikan ia adalah demonstrasi jalanan, sebaliknya hanya satu himpunan aman.

Bagaimanapun lokasi dan tarikh himpunan berkenaan masih belum dimuktamadkan dan dalam perbincangan.

Himpunan rakyat pada September itu menjadi penutup kepada siri jelajah di seluruh negara yang akan bermula pada 6 Julai ini di Kepala Batas.

"Kadang-kadang rakyat tak rasa isu 1MDB ini berkaitan (dengan mereka), sebab itu kita nak mendekati rakyat dengan siri jelajah.

"Kalau Peguam Negara cakap tiada apa-apa dan kata ia hanya helah politik, apa nak jadi dengan negara kita. Dia menjadi wakil perundangan dan keadilan tapi dia sendiri kata tiada apa-apa dan helah politik... ini tak masuk akal," katanya dalam sidang media di Parlimen, sebentar tadi.

Himpunan bertemakan "sayang Malaysia hapuskan kleptokrasi" merupakan salah satu daripada lima langkah yang akan diambil bagi mendesak penerangan kerajaan berkaitan dakwaan skandal syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

Ia diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan 1MDB yang dibentuk antara PH bersama parti-parti pembangkang lain, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) sebentar tadi.

Selain himpunan rakyat dan siri jelajah, jawatankuasa itu juga mendesak Perdana Menteri mengadakan sidang tergempar Parlimen dan membentangkan kertas putih berkenaan 1MDB.

Satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia juga akan dibuat bagi menuntut supaya kertas siasatan dibuka semula.

Ketika ditanya mengenai penglibatan PAS dalam jawatankuasa berkenaan, Wan Azizah berkata, surat jemputan kepada parti itu sudah dihantar namun tiada maklum balas yang diberikan.

"PAS kita hantar surat tapi tak ada jawapan dan tak ads respon. Jadi kena tanya PAS," kata Presiden PKR itu lagi.

Sementara itu PH juga mendakwa tiada keperluan untuk Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat merujuk kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan sebarang keterangan atau maklumat lanjut terhadap tuntutan yang dikemukakan mereka bersabit 1MDB.

Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad yang mewakili Wan Azizah berkata, ini kerana saman sivil yang dikemukan DoJ itu dikategorikan sebagai 'Judgement in Rem', iaitu berkaitan dengan aset.

"DoJ secara jelas menyatakan mereka ambil Jjugdement in Rem'. 'Judgement in Rem' berbeza dengan 'Judgement in Personal'. Ini bermakna mereka tidak ambil maklum terhadap pemilik duit tetapi bagaimana duit itu ia dibawa ke AS dan bagaimana ia dibelanjakan.

"Mereka lakukan kleptokrasi untuk dapatkan profit balik segala wang yang dirompak dan dibelanjakan di AS. Jadi dengan kata lain tidak ada keperluan mereka rujuk 1MDB.. ia berbeza dengan 'Judgement in Personal'," katanya.

Semalam Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata tindakan DoJ mengemukakan saman sivil terbaharu untuk merampas tambahan aset AS$540 juta yang didakwa diperoleh dengan dana diseleweng dari 1MDB, bersifat politik.

Menurut Apandi, ia berikutan DoJ tidak pernah membuat sebarang permohonan rasmi kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan sebarang keterangan atau maklumat lanjut terhadap tuntutan yang dikemukakan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL