Orang Yang Kecam Imam Dan Tok Kadi Perempuan, Zalim Macam Kaum Quraisy- Zuriani

Zuriani Tan Sri Abd Khalid atau dikenali sebagai Ani Zonneveld enggan menerima kecaman terhadap tindak tanduk beliau yang bertentangan dengan ajaran Islam.  Ajaran Islam yang penuh dengan kesederhanaan cuba diubah oleh golongan liberal ini menjadi semakin mirip kepada Kristian.

Beliau menuduh golongan konservatif Islam yang mengecam tindak tanduk golongan liberal sepertinya sebagai golongan penzalim dan tidak ubah seperti kaum Quraisy.

Beliau menyatakan demikian di dalam sebuah wawancara bertajuk ‘Malaysian female imam hits back at critics’ bersama portal The Malaysian Insights.

Menolak untuk memberikan sebarang komen berunsur peribadi kerana risaukan keselamatan keluarganya, beliau meneruskan kritikannya kepada sikap umat Islam yang menolak pembaharuan agama yang dibawa olehnya bersama kumpulannya.

Beliau turut menjelaskan bahawa beliau bukan sebahagian dari penggerak pusat sembahan Ibn Rushd-Goethe yang mencetuskan kontroversi di kalangan dunia Islam.

Beliau ke sana kerana dijemput untuk menjadi bilal wanita untuk solat jemaah di pusat sembahan tersebut.

Pusat sembahan Ibn Rushd-Goethe di Jerman tersebut, mencetuskan kontroversi di kalangan pelbagai pihak kerana mendakwa mereka merupakan sebuah masjid liberal, beroperasi dari tingkat tiga gereja St John’s Tiergarten Jerman.

Selain membenarkan solat dipimpin imam wanita dan dua imam serentak, pusat sembahan tersebut juga membenarkan komuniti LGBT dan lain ajaran yang difatwakan sesat dikalangan umat Islam untuk menunaikan solat dan melakukan aktiviti di pusat sembahan tersebut.

Ani Zonneveld turut mendakwa kerajaan-kerajaan di negara Islam adalah korup, menggunakan ulama’ untuk menindas umat Islam atas nama Islam. Ketika ditanyakan wartawan, apakah Ani Zonneveld masih pulang ke Malaysia, beliau menjawab “Ya.”

Mungkin pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan terperinci samada beliau ini diupah oleh musuh Islam bagi merosakan kesucian agama Allah s.w.t ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana