PAS Akur Dan Hormat Keputusan PKR Tamatkan Khidmat Di Kelantan – Tuan Ibrahim

PAS akan akur dan menghormati keputusan PKR menamatkan khidmat semua lantikan politik parti itu dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu tidak akan mencampuri urusan parti lain termasuk PKR yang enggan meneruskan kesinambungan khidmat wakilnya dalam pentadbiran Kelantan sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Bagi pihak kerajaan Kelantan kita pun dah buat kenyataan bahawa kalau sekiranya hak parti sama ada PKR nak tarik diri atau nak teruskan bersama dengan kerajaan Kelantan,” katanya kepada Antarapos.

Mengulas lanjut, beliau berkata tindakan untuk mengekalkan wakil PKR dilakukan sebagai menghormati mandat rakyat pada pilihan raya umum lalu yang dipraktikkan dalam pentadbiran negeri Selangor.

“Secara peribadi bagi pihak PAS sebagaimana tindakan yang dibuat di Selangor kalau boleh tindakan yang sama dibuat di Kelantan.

“Tetapi oleh kerana ia hak parti maka terpulang kepada partilah, kalau parti arahkan ahlinya untuk tidak lagi bersama kerajaan Kelantan maka PAS menghormati keputusan PKR,” katanya.

Polemik itu tercetus apabila Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan dipetik sebagai berkata bahawa parti itu memutuskan supaya semua lantikan politik anggota PKR dalam kerajaan Kelantan melepaskan jawatan berkuat kuasa serta-merta dan keputusan itu telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan.

Keputusan itu diambil sebagai tindak balas daripada keputusan PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Susulan daripada itu PAS mengambil sikap profesional dengan memberi kebebasan sepenuhnya kepada anggota PKR sama ada untuk meletak jawatan atau pun kekal berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan Kelantan.

Malah Tuan Ibrahim dalam kenyataan sebelum ini mengalu-alukan wakil PKR untuk terus kekal dalam pentadbiran kerajaan Kelantan sehingga PRU14.

Bagaimanapun PKR mengambil pendirian untuk tidak mengubah keputusan itu selain memberi tempoh kepada wakilnya sehingga Julai untuk melepaskan jawatan lantikan yang disandang.

Tindakan serupa boleh dipraktikkan seperti mana kedudukan Exco PAS

Tuan Ibrahim menambah PAS Kelantan terbuka untuk mengekalkan lantikan politik PKR dengan jawatan masing-masing terus berkhidmat menjaga kepentingan rakyat negeri itu.

“Cuma sehingga kini rasanya mereka belum letak jawatan lagilah, mungkin kerana ada perkara-perkara yang nak diselesaikan dulu.

“Jadi bagi pihak parti pentadbiran Kelantan berjalan seperti biasa setakat ini, alhamdulillah,” katanya.

Tambah beliau, PKR sewajarnya mempertimbang semula keputusan berkenaan dengan mengambil kira tindakan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengekalkan tiga anggota Exco PAS meskipun telah menamatkan kerjasama politik.

“Saya tengok isunya mandat yang diberi oleh rakyat adalah mandat dalam pilihan raya lalu sampai pilihan raya akan datang.

“Jadi kita di Selangor pun berpegang kepada prinsip bahawa mandat ini untuk sesi kali ini.

“Kalau sekiranya melihat kepada aspek tersebut saya rasa tak bolehlah kalau ada di antara ahli-ahli jawatankuasa yang dilantik di Kelantan nak kekalkan kedudukan tersebut sebab mandat diberi adalah untuk sesi ini,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata keputusan untuk mengekalkan wakil PKR dibuat selaras dengan mandat yang diberi oleh rakyat Kelantan kepada PAS-PKR-DAP, atas nama Pakatan Rakyat, pada pilihan raya umum lepas.

“Cuma saya tak nak campur sangat dalam urusan parti lain, kita menghormati pendirian parti selain kita meraikan pandangan-pandangan individu yang merasakan diri perlu memberi sumbangan kepada pembangunan di Kelantan.

“Maka saya fikir kita mengalu-alukan mereka,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana