Injuksi mahkamah halang pembinaan projek tiga jalan raya dan terowong di Pulau Pinang

Injuksi mahkamah akan digunakan bagi menghentikan tiga projek jalan raya dan terowong bawah tanah yang mahu dibina kerajaan DAP Pulau Pinang kerana didakwa wujud banyak ‘hanky panky’ dan percanggahan fakta.

Naib Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau Hoe Chai mempersoalkan wujud urusniaga mencurigakan dalam Pakej A pembinaan jalan raya dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang apabila kerajaan Pulau Pinang membayar terlalu tinggi bagi kajian kebolehlaksanaan kepada pihak konsultan.

“Kita mendesak kerajaan Pulau Pinang menjelaskan mengapa kajian kebolehlaksanaan bagi pakej pertama iaitu jalan berkembar dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang adalah sangat tinggi sebanyak 32 peratus daripada kos pembinaan.

“Kos pembinaan itu hanya RM377 juta tapi kos untuk kajian kebolehlaksanaan itu sebanyak RM120 juta, jadi ini sangat tinggi,” jelasnya.

Hoe Chai berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat Gerakan, Cheras, Jumaat.

Tambah Hoe Chai lagi, kos tersebut tidak logik apabila kos kajian kebolehlaksanaan jalan raya lebih tinggi daripada kos kajian kebolehlaksanaan untuk pembinaan terowong bawah tanah.

“Mengapa kita kata tinggi, kerana ini kos kajian bagi jalan berkembar itu lebih tinggi daripada kos kajian kebolehlaksanaan daripada terowong yang kita tahu ia lebih susah tetapi kos bagi terowong hanya RM96 juta tapi untuk jalan 10km dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang itu sebanyak RM120 juta.

“Ini yang kita minta kerajaan Pulau Pinang bawah Lim Guan Eng kena menjelaskan kepada rakyat mengapa kos itu sangat tinggi bagi Pakej A.

“Kajian kebolehlaksanaan terowong bawah tanah sepatutnya lebih susah kerana ia di dasar laut malah kos pembinaan terowong itu sepanjang 6.5 km adalah RM3.1 bilion tapi kajian kebolehlaksanaan hanya RM96 juta sahaja,” jelasnya lagi.

Pada masa yang sama, Hoe Chai mempertikaikan mengapa kos kajian tersebut dibayar penuh kepada konsultan walhal pembinaan jalan raya bagi Pakej A tersebut masih belum bermula.

“Kita pun tak faham mengapa kos kebolehlaksanaan itu dibayar dengan cepat dan dibayar semua sepenuhnya kepada konsultan dan mengikut Akta Jurutera mengatakan ia sepatutnya dibayar secara berperingkat dan kita mengambil kesempatan ini mendesak kerajaan Pulau Pinang menjelaskan mengapa ia dibayar secepatnya dan mengapa dibayar sepenuhnya, ini kena jelaskan kepada rakyat.

“Projek ini pun belum bina lagi tapi konsultan sudah dibayar sepenuhnya,” katanya.

Pembayaran penuh kepada konsultan itu didakwa dilakukan kerajaan Pulau Pinang pada 19 Mei 2017 lalu selepas jawapan diberikan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang pertama bagi penggal ke-13

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL