DOJ: PEMBANGKANG AMBIL KESEMPATAN UNTUK TUTUP KELEMAHAN SENDIRI, KATA PENGANALISIS
Pembangkang mengambil kesempatan di atas isu saman sivil Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu-isu yang membelenggu mereka.
Pakar Geostrategi Azmi Hassan berkata, pihak pembangkang sudah lama menunggu peluang, dan ‘campur tangan’ DoJ pada ketika ini digunakan sebaik-baiknya untuk menutup kelemahan mereka.
“Ya ada kebenaran yang dikatakan pihak pembangkang menggunakan isu 1MDB kerana sudah dua, tiga tahun isu ini dilaungkan dan dikatakan ditiup mempunyai semangat baru apabila saman DoJ yang kedua dilontarkan dua tiga minggu lepas,”ujarnya ketika dihubungi oleh Antarapos.
“Jadi dalam hal ini tidak keterlaluan kalau saya mengatakan bahawa mereka bersungguh-sungguh menggunakan isu 1MDB dan menggunakan faktor saman DoJ itu untuk menutup kelemahan-kelemahan serta kesilapan dalam pakatan pembangkang itu sendiri.
“Ini dikatakan strategi lumrah yang digunakan, mereka dikatakan menggunakan satu isu yang boleh menarik perhatian dengan harapan isu itu dapat menutup segala apa-apa kelemahan yang ada pada mereka,” katanya kepada Antarapos.
Semalam, Pakatan Harapan (PH) bersama beberapa parti pembangkang membentuk Jawatankuasa Bertindak 1MDB sebagai langkah mereka menangani isu saman sivil DoJ terhadap beberapa aset didakwa diperolehi melalui salah guna dana 1MDB.
Jawatankuasa itu juga mengumumkan akan menganjurkan siri jelajah ke seluruh negara yang diakhiri dengan himpunan kemuncak bertemakan “Sayang Malaysia Hapuskan kleptokrasi” bagi mendesak penerangan kerajaan berkaitan dakwaan skandal 1MDB.
Mengulas lanjut, Azmi berkata adalah wajar untuk semua pihak mengambil pendekatan yang berhati-hati dan tidak terburu-buru apatah lagi campur tangan orang luar yang mungkin mempunyai agenda tersendiri.
“Lebih buruk lagi jikalau sebaliknya iaitu DoJ mempergunakan Pakatan Harapan dalam mempromosikan agenda politik mereka, dan dalam hal ini saya melihat kedua-dua belah pihak saling mempergunakan masing-masing.
“Sebagai rakyat malaysia kita perlu berhati hati apa sahaja yang datang dari luar negara tidak semestinya selari dengan kepentingan negara kita jadi sebab itu saya melihat perkara ini perlu berhati-hati supaya kita tidak dipergunakan oleh agenda-agenda asing,” ujar beliau lagi.

Comments