Pemuda PAS nafi kemelut Hadi-Tuan Ibrahim tapi
Walaupun dinafikan spekulasi bahawa wujudnya pergelutan kuasa dalam kepimpinan tertinggi PAS, situasi dilihat semakin menjadi nyata, susulan tindakan Pemangku Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat pelbagai keputusan mengejutkan, disaat presiden parti, Datuk Seri Hadi Awang sedang bercuti.
Semalam, bekas ADUN Jengka dilaporkan menubuhkan Lembaga Penasihat PAS dengan melantik semula empat veteran parti iaitu Datuk Mustafa Ali sebagai pengerusi, manakala bekas Naib Presiden, Dr Sanusi Daeng Mariok, bekas bendahari Pusat, Abdul Halim Abdul Rahman serta wartawan veteran, Subky Latif sebagai ahli dalam lembaga berkenaan.
Pada hari ini, Tuan Ibrahim membuat kenyataan akan mempertimbangkan hasrat partinya untuk menyertai Jawatankuasa Bertindak 1MDB bersama Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR, PAN dan PPBM.
Bagaimanapun Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam Khirudin menafikan tohmahan dan spekulasi liar yang mendakwa berlaku kemelut antara Hadi dengan Tuan Ibrahim yang sengaja direka bagi memecah-belahkan parti.
“Ini semua fitnah, dan dakwaan presiden dan timbalannya berlaga angin tidak betul,” tegasnya ketika dihubungi BNBBC.my portal, Rabu.
Tuan Ibrahim sering digambarkan sebagai seorang pemimpin yang senang berunding dengan pimpinan pembangkang lain dan berbeza dengan penampilan Hadi, sering dilihat muncul dalam majlis bersama pemimpin UMNO.
Malah ketika rombakan pimpinan PAS negeri seperti Selangor dan Terengganu yang dikatakan untuk memantapkan parti menghadapi pilihanraya, Tuan Ibrahim tidak banyak mengeluarkan komentar, sebaliknya kenyataan banyak dikeluarkan oleh pemimpin PAS yang senada dengan Hadi.
Manakala, tindakan terbaharu Tuan Ibrahim menubuhkan lembaga penasihat parti, dilaporkan dibuat dalam satu mesyuarat tanpa kehadiran Ahli Parlimen Marang yang baharu menjalani pembedahan jantung pada Mei lalu menjadi tanda tanya.
Pemerhati politik melihat penubuhan Lembaga Penasihat PAS dianggotai oleh ahli politik PAS tersingkir oleh bekas pensyarah itu seolah-olah bertindih dengan fungsi Majlis Syura Ulama yang dilabelkan sebagai kata pemutus parti untuk semua keputusan.
Sementara itu, Nizam tidak mengulas lanjut fungsi sebenar disebalik tindakan terkini Tuan Ibrahim, namun mendakwa ianya sebagai satu strategi memantapkan PAS dalam berhadapan PRU-14.

Comments