PAS Tolak Pelawaan PH Ikut Serta Dalam Isu 1MDB, Tegaskan Bukan Parti Yang Mudah Terpengaruh Agenda Asing
PETALING JAYA: PAS menolak pelawaan Pakatan Harapan (PH) hari ini untuk bersama-sama gabungan itu memastikan mereka yang dituduh melesapkan dana 1MDB dibawa ke muka pengadilan, sebaliknya berkata PAS bukan sebuah parti yang terpengaruh dengan pihak asing.
“Pakatan Harapan hari ini musuh kepada PAS dan mereka juga menuduh PAS kononnya mendapat duit daripada Umno dan sebagainya,” kata ahli Jawatankuasa Kerja PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali kepada FMT.
“PAS ada cara kita sendiri, kita tidak bersama Barisan Nasional (BN) dan kita tidak bersama Pakatan Harapan, kita bawa cara kita dan kita bertindak tidak mengikut cara orang melibatkan isu 1MDB.”
Khairuddin berkata parti itu tidak sama sekali “terikut-ikut” dan “terpengaruh” dengan pihak luar seperti Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), yang baru-baru ini mengeluarkan dokumen setebal 251 muka surat memperincikan pelesapan wang 1MDB menerusi pembelian beberapa aset mewah.
Sebaliknya, Khairuddin berkata PAS menolak “campur tangan pihak luar” dan mendesak penyiasatan peringkat tempatan seperti suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat 1MDB.
“Apa-apa perkara berkaitan negara hanya diselesaikan oleh negara kita sendiri, bukan orang luar. Soal telus atau tidak, itu perkara kedua tetapi isu negara kita, biar kita selesaikan.”
PH hari ini mendesak kerajaan memanggil sidang tergempar Dewan Rakyat bagi menjawab tuduhan yang terkandung dalam saman sivil DoJ bagi menyita aset bernilai lebih RM2.3 bilion di negara itu, yang didakwa dibiayai wang curi 1MDB.
Gabungan 4 parti itu turut mengumumkan siri jelajah seluruh negara bermula 6 Julai ini di Kepala Batas, Pulau Pinang, bagi menjelaskan kepada orang ramai tuduhan DoJ itu, yang sebelum ini disifatkan pemimpin kerajaan sebagai mempunyai agenda politik.
“Kami juga menyeru kesemua parti-parti pembangkang untuk mengenepikan segala perbezaan dan berkerjasama serta bersatu tenaga untuk membawa mereka yang terlibat di dalam skandal penyelewengan dana 1MDB ke muka pengadilan,” kata kenyataan PH hari ini, yang turut disokong 2 parti bukan ahli PH iaitu Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Warisan Sabah.
‘DoJ tidak bela umat Islam’
Khairuddin berkata tindakan DoJ merupakan hak mereka, tetapi mempersoalkan pandangan yang menganggap ia lebih adil daripada agensi lain.
Pemimpin Dewan Ulama PAS itu turut mengaitkan pendirian DoJ dengan nasib rakyat Palestin.
“Kita tidak perlu terikut-ikut dengan apa yang dibuat. Adakah DoJ di bawah penguasaan Amerika Syarikat, kita rasakan lebih adil terhadap orang Islam dan masyarakat Malaysia, sedangkan merekalah juga orang yang zalim terhadap kebajikan umat Islam di Palestin?” soal Khairuddin yang juga wakil rakyat Kuala Nerus itu kepada FMT.
Khairuddin berkata beliau sangsi tindakan DoJ menyimpan agenda negara barat.
“Adakah Amerika Syarikat melalui DoJ bertindak untuk kemaslahatan negara kita atau ada agenda tersembunyi atau ada orang lain sebenarnya merancang sesuatu dan berpakat dengan barat?” soalnya.
Khairuddin berkata pihaknya turut menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sama ada pendirian PAS mengenai DoJ ditafsirkan sebagai “mesra Umno”.
“Terpulang kepada mereka (Pakatan Harapan) mentafsir (PAS mesra Umno), kalau mereka tak kata macam itu mereka nak kata macam mana lagi, sebab mereka juga musuh kepada PAS.
DoJ melalui tindakan terbaru difailkan di California mahu menyita AS$540 juta (RM2.3 bilion) aset termasuk karya seni, barang kemas dan hak filem yang didakwa dibiayai dengan dana yang didakwa digelapkan dari 1MDB.
-FMT

Comments