Hanya Bergantung Pada Mahathir, Armada Patut Singkirkan Syed Saddiq

Parti Pribumi Bersatu Malaysia didakwa hanya bergantung kepada aura legasi Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, semata-mata dan dijangka tidak mampu bertahan lama sebagaimana parti serpihan lain sebelum ini.

Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, ini antara punca beberapa Exco Armada bertindak membuat laporan polis setelah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.

Menurutnya, parti itu kononnya berjuang untuk sebuah negara yang bersih dan telus, jadi mereka perlu buktikan pemimpin mereka benar-benar bersih dan telus. Perlu ada audit khas terhadap kekayaan luar biasa anak-anak Mahathir dan isu ini perlu dirungkai segera.

“Tindakan beberapa Exco Armada itu ada asasnya, namun ‘dedak’ dan ‘sogokan’ dijadikan alasan bagi mengekang fenomena pemberontakan kecil dalam parti itu.

“Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perlu buktikan beliau layak dan mempunyai daya tahan memimpin sebuah parti pembangkang. Pemuda UMNO Kedah sarankan Armada singkirkan Syed Saddiq kerana status pendebat terbaik Asia dan ikon media sosial tidak cukup untuk memimpin dan menangani krisis,” katanya.

Shaiful Hazizy berkata, pihaknya percaya Pakatan Harapan kini mengalami krisis keyakinan dan kepimpinan yang kronik apabila kepimpinan DAP dan PKR turut menolak pencalonan Bersatu menjadikan Mahathir calon perdana menteri pada PRU14.

“Perkara ini sudah dijangka dan akan menjadi kudis, ia akan menjadi penghalang utama rakyat untuk beri mandat kepimpinan pada PRU akan datang. Kami tidak yakin sama sekali keupayaan Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan yang bakal dibentuk, atas faktor umur dan pendirian U turn selain miliki prinsip mudah dijual beli,” katanya.

Menurutnya, Pemuda Umno Kedah hairan apabila kepimpinan pembangkang sanggup mempertimbangkan cadangan itu.

“PPBM masih lagi mentah tetapi mempunyai nafsu politik yang besar mahu menjadi pemain utama politik pembangkang. Rakyat tidak akan terpengaruh dengan politik PPBM itu,” katanya.

Shaiful Hazizy berkata, kehadiran PPBM dalam gabungan pembangkang hanya akan memburukkan keadaan dan bukan menjadikan mereka bertambah kuat.

“Tanggapan Mahathir adalah senjata politik baru adalah tidak betul, malah Mahathir hanya menjadi liabiliti politik kepada pakatan itu. Ini kerana kenyataan beliau tidak konsisten dan integriti kekayaan luar biasa keluarga boleh menjadi barah baru dalam pakatan pembangkang,” katanya.

Tambahnya, pakatan pembangkang mampu menjalankan fungsi dan tanggungjawab mereka dengan lebih baik tanpa Mahathir.

“Adalah lebih baik pimpinan PPBM bersikap telus dan menjawab segala persoalan diutarakan beberapa Exco Armada.

“Mereka tidak seharusnya diamkan sahaja, jika sebelum ini pimpinan PPBM tuduh UMNO tidak telus atau bina kekayaan atas dasar kuasa politik, mereka juga perlu tampil dan beri penjelasan,” katanya.

Sebelum ini, Exco Armada Pusat, Abd Wahazir Abdu Wahab dan Mohd Hafiz Azhari tampil secara terbuka mendesak Mahathir dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu yang dikaitkan dengan mereka.

Justeru itu, Syed Saddiq juga digesa menjawab persoalan berkaitan dengan kekayaan dan skandal membabitkan pemimpin Bersatu susulan dakwaan Exco Armada itu.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL