Pakatan Harapan terdesak, sanggup anjur lagi perhimpunan haram

Hasrat Pakatan Harapan mengajak rakyat turun ke jalan raya untuk mengadakan perhimpunan haram disifatkan sebagai tindakan terdesak mereka dalam usaha meningkatkan momentum politik mereka menjelang PRU ke-14 nanti.

Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin mengecam penganjuran itu dan menegaskan, momentum pembangkang telah menurun berikutan segala serangan dan tuduhan politik mereka terhadap pucuk pimpinan negara telah dapat dipatahkan oleh Barisan Nasional.

Malah, menurut Zahidi, pakatan pembangkang terus berasa terpukul apabila rakyat semakin teruja dengan kejayaan beberapa program transformasi yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya sifatkan dengan keadaan pakatan pembangkang yang bercelaru ini, mereka menggunakan strategi berhimpun ini hanya untuk kepentingan politik mereka, kononnya mereka ini membela nasib rakyat.

“Pilihan raya dah dekat, jadi sebab itu perhimpunan ini dilihat sebagai cara cepat nak mengembalikan momentum politik mereka dengan menghasut dan menabur fitnah kepada kerajaan. Mereka nak rakyat benci kerajaan menjelang pilihan raya ini.” Jelasnya ketika dihubungi BNBBC.my portal, Khamis.

Tambah Ketua UMNO Bahagian Padang Besar itu,  terbukti beberapa tohmahan pembangkang seperti mendakwa ekonomi Malaysia semakin tenat pada tahun ini dan juga harga petrol meningkat kepada RM2.70 menjelang Jun telah meleset dan menyebabkan rakyat mula sangsi dan hilang kepercayaan dengan mereka.

“Terbuktilah sekarang tindakan mereka berunsur hasutan politik untuk membenci kerajaan,” katanya lagi.

Sehubungan dengan itu, Zahidi (foto) berharap rakyat jangan mudah terperangkap dengan dakyah politik sehingga merugikan diri mereka sendiri.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan pembangkang akan mengadakan perhimpunan yang dikenali sebagai Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi pada September depan.

Perhimpunan berkenaan dikatakan sebagai reaksi saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat terhadap aset yang didakwa diperoleh secara salah melalui dana 1MDB.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL