Kenyataan Dr. M tiada asas - Salleh
KUALA LUMPUR 29 Jun - Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai kemungkinan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak akan bertindak keras ke atas pemimpin Pakatan Harapan yang diketuai DAP tidak mempunyai asas yang kukuh.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, ini kerana tindakan menahan dan memenjarakan pemimpin terutama dalam kalangan pembangkang merupakan strategi yang diamalkan semasa Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri.
“Antara tempoh 1998 hingga 2001, Dr. Mahathir menahan ramai tokoh yang menentang beliau.
“Dr. Mahathir juga menggunakan undang-undang penahanan tanpa bicara untuk menangkap pihak yang beliau tidak dapat dakwa di mahkamah,” katanya menerusi blog beliau hari ini.
Hari ini, Dr. Mahathir berkata, kerajaan pimpinan Najib akan bertindak keras ke atas pemimpin pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Dr. Mahathir berkata, langkah menangkap pemimpin pembangkang dibuat bagi menakut-nakutkan pengundi dan mengucar-ngacirkan musuh politik Najib.
Menurut Salleh, laporan Human Rights Watch menyatakan pada 1999, 2000, 2001, 2002 dan seterusnya, Malaysia berada dalam keadaan negara polis manakala Dr. Mahathir dianggap sebagai diktator.
“Dr. Mahathir menjawab, Malaysia tidak boleh mengamalkan demokrasi cara Barat kerana bahaya masalah perkauman seperti yang berlaku pada 1969.
“Dr. Mahathir membuat dakwaan yang ternyata tidak berasas kerana beliau tidak mempunyai modal politik lagi, mungkin juga beliau bimbang dengan siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak AS$10 bilion (RM44 bilion),” katanya.-UTUSAN ONLINE

Comments