Mahfuz Sokong Jelajah PH Walaupun Ditolak PAS

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar menyokong jejalah Pakatan Harapan bagi memastikan dakwaan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berkaitan 1MDB diketahui rakyat, walaupun partinya menolak pelawaan pakatan pembangkang.

“Saya sokong kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan hasrat Pakatan Harapan menganjurkan himpunan atau jelalah seluruh negara untuk menjelaskan skandal 1MDB kepada rakyat. Perkara ini perlukan perhatian rakyat,” kata Mahfuz kepada FMT.

Apabila disoal mengenai partinya yang menolak pelawaan pakatan pembangkang menyertai jelajah itu, beliau berkata PAS berhak menolaknya.

“Tetapi rakyat dan individu ahli PAS mempunyai pemahaman yang berbeza dalam isu DoJ,” katanya.

Mahfuz berkata walaupun pimpinan PAS menganggap saman sivil DoJ berkaitan 1MDB sebagai “campurtangan asing”, ahli PAS sedar dan faham ini bukan soal campur tangan asing.

Bekas naib presiden PAS itu mahu memberitahu pimpinan partinya yang DoJ tidak pun mengheret 1MDB ke perundangan AS, tetapi menyasarkan pelaku pengubahan wang haram yang dikesan melalui siasatan mereka.

“Sebab itu mereka tidak campurtangan dalam urusan kes 1MDB di Malaysia. Mereka hanya bertindak terhadap individu yang didapati melakukan kesalahan itu di AS.

“Ia di bawah akta pengubahan wang haram yang membantu apabila ada pihak didapati bersalah, maka semua aset akan dirampas dan dicairkan dan dipulangkan semuka kepada 1MDB.”

Seorang ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Khairuddin Aman Razali, berkata paritnya tidak mahu terikut-ikut atau dipengaruhi pihak asing dan Pakatan Harapan kini musuh PAS.

“PAS ada cara kita sendiri, kita tidak bersama Barisan Nasional (BN) dan kita tidak bersama Pakatan Harapan. Kita bawa cara kita dan kita bertindak tidak mengikut cara orang melibatkan isu 1MDB,” katanya.

Sebaliknya, Khairuddin berkata PAS menolak “campur tangan pihak luar” dan mendesak penyiasatan peringkat tempatan seperti suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat 1MDB.

Pakatan 4 parti pembangkang akan menjelajah ke seluruh negara bermula 6 Julai ini di Kepala Batas, Pulau Pinang untuk menjelaskan tuduhan DoJ kepada orang ramai, yang ditepis pimpinan kerajaan sebagai bermotif politik.

“Kami juga menyeru kesemua parti-parti pembangkang untuk mengenepikan segala perbezaan dan berkerjasama serta bersatu tenaga untuk membawa mereka yang terlibat di dalam skandal penyelewengan dana 1MDB ke muka pengadilan,” kata PH dalam kenyatan.

Kenyaatan itu disokong Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Warisan Sabah (Warisan). – FMT

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana