Skandal forex: Kenapa RCI perlu ditubuhkan?

Kesan aktiviti perdagangan mata wang asing (forex) pada awal 1990-an yang membawa kepada kelemahan nilai ringgit sehingga ke hari ini, menjadi faktor kritikal mengapa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal itu perlu ditubuhkan.

Bekas Pengurus Kanan Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia (BNM), Dr. Rosli Yaakop berkata, penglibatan BNM di dalam aktivi­ti forex itu membawa kepada dua impak buruk, iaitu ringgit mula di­minati oleh spekulator asing untuk ‘dipermain-mainkan’ dan ke­dua, rizab bank pusat semakin berkurangan akibat kerugian forex.

Katanya, dua impak buruk itu saling berkaitan kerana setiap kali ringgit diserang spekulator, BNM akan menggunakan rizab untuk menstabilkan ringgit, tetapi apabila rizab sudah tidak mencukupi, bank pusat tidak lagi mampu untuk mempertahankan kejatuhan ringgit.

“Impak daripada skandal ini adalah berpanjangan dan dirasai sehingga kini, maka amat kritikal RCI ditubuhkan. BNM telah kehilangan jumlah rizab yang banyak kerana aktiviti forex pada masa itu.

“Malah bolehkah kita menyatakan rizab BNM hari ini benar-benar stabil untuk mempertahankan nilai ringgit?” katanya.

Minggu lalu, Kabinet sebulat suara bersetuju dengan syor Pa­sukan Petugas Khas (PPK) bahawa terdapat keperluan RCI diwujudkan bagi menyiasat krisis yang melanda BNM lebih 25 tahun lalu, kerana terdapat elemen menyembunyikan fakta sebenar kerugian bagi mengelirukan Jemaah Menteri dan Parlimen.

Mengulas lanjut, Rosli berkata, RCI perlu mendapatkan penjelasan daripada bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Menteri, Tun Mahathir Mohamad serta Tun Daim Zainuddin memandangkan kedua-duanya paling berkuasa sewaktu aktiviti forex itu berlaku.

“Mengikut hierarki pentadbiran kerajaan pada masa itu, amat wajar Mahathir dan Daim dipanggil untuk memberi kete­rangan kerana BNM terletak di bawah Kementerian Kewangan. Tidak lengkap RCI ini ditubuhkan jika kedua-dua bekas pemimpin itu tidak dipanggil memberi ke­terangan,” katanya.

Sementara itu, bekas Penolong Gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid berkata, faktor politik tidak seharusnya menjadi pertimbangan untuk membolehkan RCI menyiasat skandal tersebut memandangkan nilai yang dilibatkan mencecah puluhan bilion ringgit.

Tambah beliau, jika negara tidak terlibat di dalam aktiviti forex tersebut, rizab BNM seharusnya berjumlah RM100 bilion lebih tinggi berbanding nilai yang ada sekarang, dan tiada masalah untuk diguna bagi menstabilkan nilai ringgit yang kini merosot sehingga RM4.2 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana