Fadillah Kesal Syarikat Konsesi Pembinaan Terowong Dasar Laut Kaitkan Namanya

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof kesal syarikat konsesi yang ditawarkan projek terowong dasar laut dan 3 projek jalan utama bernilai RM6.34 bilion cuba menggunakan nama beliau dan kementerian untuk mempertahankan diri berhubung isu terlebih bayar bayaran perunding.

Fadillah dalam kenyataan semalam berkata, beliau dalam beberapa kenyataan sejak tahun lepas mengingatkan syarikat itu dan membangkitkan jumlah kos kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk bagi projek tersebut iaitu RM305 juta adalah terlalu tinggi, termasuk kenyataannya pada 30 Mac.

Menurut Fadillah, taklimat yang disampaikan oleh Kerajaan Pulau Pinang kepada kementerian April lalu adalah gambaran keseluruhan projek termasuk penjelasan mengapa kajian kebolehlaksanaan mengenai bahagian terowong projek yang sudah lama dijanjikan itu ditangguhkan.

“Kos terperinci mengenai projek bukan sebahagian daripada perbincangan ini,” katanya ketika syarikat tersebut (The Consortium Zenith Construction Sdn Bhd) dilapor menafikan mereka terlebih bayar kos perunding bagi projek tersebut yang menelan belanja RM305 juta,” katanya.

Pengerusi Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, Datuk Zarul Ahmad Zulkifli juga mendakwa tidak ada kenyataan, komen atau ulasan negatif dibangkitkan oleh menteri, JKR dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengenai isu itu apabila mereka membuat penyampaian sepenuhnya mengenai kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk terperinci (FSDD) dan penilaian kesan alam sekitar (EIA) kepada kementerian pada April.

Fadillah berkata kementerian berpegang kepada pendapat profesional Lembaga Jurutera yang membuat pengiraan di mana bayaran maksimum yang dibenarkan berdasarkan skala harga ialah RM41 juta bagi 3 projek utama jalan raya di Pulau Pinang.

“Sejumlah RM177.5 juta yang dibayar oleh kerajaan negeri untuk tujuan ini iaitu 4 kali ganda bayaran maksimum mengikut skala bayaran yang diwartakan.

“Sila ambil perhatian, RM177.5 juta ini tidak termasuk sebarang bayaran untuk terowong itu sendiri kerana kajian untuk ini belum selesai tetapi sudah dibayar,” kata Fadillah.

Beliau berkata untuk mengelakkan keraguan, Lembaga Jurutera iaitu badan berkanun tunggal akan mengawal skala bayaran yang diwartakan bagi kerja sivil di negara ini.

Ini diperuntukkan di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Akta 138).

Pembinaan terowong dasar laut adalah sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas di pulau itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana