Kit Siang: PAS bakal hilang Kelantan...Tak Sedar Selangor Bakal Hilang

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa PAS dibawah kepimpinan Datuk Seri Hadi Awang akan kecundang di Kelantan dalam pilihanraya umum susulan enggan duduk bersama pembangkang lain dalam merungkai permasalahan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di negara ini.

“Saya melihat pilihanraya akan datang bukanlah mengenai percaturan PAS menawan lima negeri atau tidak, tetapi adakah parti Islam itu mampu mempertahankan negeri yang ditadbirnya sejak tahun 1990.

“Adakah kepimpinan Hadi akan menyebabkan partinya tewas dengan cara yang sama beliau kecundang di Terengganu pada 2004 selepas memenangi negeri itu pada pilihan raya 1999 atas faktor gelombang reformasi Anwar Ibrahim?” kata beliau semalam di Kemaman dalam  program jelajah Desa Pantai Timur.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu juga mendakwa hubungan baik Hadi serta sokongan dengan Kerajaan Persekutuan dianggap sebagai menyekat sebarang bentuk penyelesaian ke atas skandal 1MDB.

“Kini segalanya diserahkan kepada rakyat Malaysia untuk menyelamatkan negara ini dan mengembalikan maruah dan nama baik Malaysia,” kata Kit Siang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana